10 Sebab Mengapa Anda Wajib Melawati Hong Kong

By Nur Irfaniah Ahmad | 15, Jun, 2020
10 Sebab Mengapa Anda Wajib Melawati Hong Kong

Artikel ini aslinya ditulis oleh Assia Hamdi dalam bahasa Inggris. Kamu boleh membaca artikel dalam bahasa Inggris yang ditulisnya di sini.

Tahukah anda bahawa Hong Kong adalah bandar keempat di dunia yang paling padat penduduknya? Dengan populasi lebih dari 7 juta orang, bandar raya ini yang sentiasa kesesakan trafik selalu mempunyai pelbagai aktiviti yang dapat menyeronokkan dan mengagumkan anda. Anda boleh bersiar-siar dan melihat pelbagai monumen keagamaan yang bersejarah, membeli jenama tempatan eksklusif dari 10 pusat membeli-belah dan menikmati makanan sedap dengan pelbagai jenis hidangan yang disajikan di restoran-restoran halal di Hong Kong.

Oleh itu, jika anda sedang merancang percutian impian anda, berikut adalah 10 sebab mengapa anda harus melancong ke Hong Kong!


1. Lawati bandar-bandar yang berdekatan Hong Kongbandar udara di hong kong

Kredit Gambar: Kychan di Unsplash; Melancong ke bandar-bandar berdekatan Hong Kong sangat mudah dengan lebih daripada satu cara untuk pergi ke bandar-bandar ini. Pelancong boleh menaiki kereta api, feri, bas atau kapal terbang ke bandar-bandar ini dengan senang.

Setelah anda sudah mendarat di Asia, Hong Kong pasti merupakan perhentian yang sesuai untuk anda! Oleh kerana Hong Kong adalah salah satu hab penerbangan yang paling sibuk di dunia, ini menjadikannya sesuatu tempat yang sungguh mudah untuk mencari penerbangan terus ke dalam atau dari destinasi. Selain itu, kerana Hong Kong terletak di daerah Selatan China, ia berfungsi sebagai percutian terbaik untuk singgah sebelum anda menuju ke Asia Tenggara.

Sekiranya anda ingin menginap lebih lama di Hong Kong, berjalanlah ke bandar-bandar yang berdekatan seperti ShenZhen dan Macau. Bandar-bandar kosmopolitan ini selalu dilawati oleh pelancong di Hong Kong kerana ia sangat mudah untuk melintasi sempadannya. Sekarang, anda boleh menaiki kereta api selama 20 minit di Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong Express Rail Link (XRL) atau selama 45 minit dengan metro di East Rail Line. Walaupun kereta api adalah mod pengangkutan yang paling popular, ada yang lebih suka menaiki bas ulang-alik privet, menaiki feri dari Terminal Feri Hong Kong Macau ke Shekou Cruise Port atau penerbangan ke Lapangan Terbang Shenzhen.

Baca Juga: All Set For The Best Deals In Seoul? Check Out These Top 5 Night Markets in Seoul, South Korea
Melancong Bersama Kami!: The Best of Tokyo and Osaka In 7 Nights

2. Kemudahan Pengangkutan Awamstasiun MTR hong kong

Kredit Gambar: Gambar oleh Chapman Chow di Unsplash

Menurut artikel yang ditulis oleh Daniel Szuc, dianggarkan lebih 90% daripada 7.4 juta orang yang tinggal di Hong Kong menggunakan pengangkutan awam. Rekod ini hanya membuktikan kecekapan pengangkutan awam di Hong Kong.

Semasa anda berada di Hong Kong, benda pertama yang anda harus mendapatkan adalah kad Octopus. Apabila anda memilih tiket mingguan atau tiket pelancong, anda akan menjimatkan banyak wang ketika anda menggunakan pengangkutan awam di Hong Kong. Sekiranya anda hanya menaiki pengangkutan awam untuk sebahagian perjalanan anda, anda mungkin mahu membayar semasa anda menaikinya. Namun, jika anda ada tiket mingguan atau tiket pelancong, anda boleh melangkau barisan di kaunter tiket ketika suasana stesen kereta api sesak atau sibuk. Isi sejumlah wang dalam kad Octopus anda kerana anda pasti akan menggunakannya di hampir semua tempat. Ini termasuk tempat teropong di Victoria's Peak, kedai-kedai serbaneka dan mesin-mesin layan diri (Vending Machine).

Keluarkan kad Octopus anda dan menggunakannya untuk kereta api, trem, dan di Star Ferry di seberang Victoria Harbour. Pada akhir perjalanan anda, bawa pulang kad Octopus sebagai cenderahati atau kembalikannya ke Pusat Khidmat Pelanggan di lapangan terbang atau stesen MTR untuk mendapatkan bayaran balik HK$50 dan baki nilai di dalam kad itu.


3. Pelbagai pilihan makanan Halaldim sum islamic centre canteen

Semasa anda berada di Hong Kong, nikmati masakan tempatan Hong Kong yang terbaik - Dim Sum! Pergilah ke Kantin Pusat Islam ketika anda berada di bandar.

Tip! Pastikan anda membeli Dim Sum pada waktu pagi. Penduduk-penduduk Hongkong menikmati Dim Sum sebagai sarapan jadi jangan datang pada waktu petang setelah semua makanan enak hampir habis!

Jangan bimbang tentang ketersediaan makanan Halal ketika anda berada di Hong Kong! #Alhamdulillah

Perkara yang paling kami sukai di Hong Kong adalah restoran-restorannya dimiliki orang Muslim dan makanan Halal yang menyajikan masakan Kanton yang terdapat di setiap daerah. Pelancong mungkin perlu berjalan-jalan mencarinya, tetapi setelah anda mendapat lokasi yang betul, percayalah kepada kami, ia sangat berbaloi!

Anda akan mendapat banyak restoran Halal yang menyajikan masakan Kantonis, Turki, India dan Indonesia. Kami mempunyai tiga tempat makanan Halal yang mesti dikunjungi semasa anda berada di Hong Kong.

Islamic Center Canteen

Walaupun ini mungkin klise, anda wajib menjamu selera di Islamic Center Canteen, tidak kira apa jadual perjalanan anda ketika anda mengunjungi Hong Kong. Terletak di tingkat 5 dalam Pusat Islam Osman Ramju Sadick, makanan di sini pasti berpatutan dengan hidangan Dim Sum bermula dari harga HKD13.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island
Waktu Operasi: 10am - 9pm

Wai Kee

Wai Kee adalah lagi satu restoran yang disyorkan yang anda mesti kunjungi semasa anda berada di Hong Kong. Ini adalah tempat untuk anda mendapatkan nasi goreng itik panggang untuk HKD38. Ini akan membuat anda kembali lagi.

Status Halal: Muslim-Owned
Maklumat: Stall #5 Bowrington Cooked Food Centre 1/F Bowrington Road Market, 23 Bowrington Road, Wan Chai, Hong Kong
Waktu Operasi: 10am - 6pm

 

Ini hanyalah setitik restoran yang terpilih dalam makanan-makanan Halal di Hong Kong. Bandar ini terdapat lebih daripada 70 restoran Halal, jadi pastikan untuk merancang jadual perjalanan anda dengan bijak dan dapatkan rasa masakan tempatan di Hong Kong!

 

4. Menjaga Solat Kitajamia mosque

Kredit Gambar: Gambar oleh Joshua J. Cotten di Unsplash

Menurut tinjauan yang dilakukan pada tahun 2016, terdapat kira-kira 300,000 umat Islam yang tinggal di Hong Kong, yang merupakan 4.1% penduduknya. Umat Islam di Hong Kong terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina, Indonesia dan Pakistan, dan sebahagian besar daripada mereka adalah Muslim Sunni.

Hong Kong mempunyai lima masjid rasmi; masjid terbesar adalah Masjid Kowloon dan Pusat Islam (Kowloon Mosque and Islamic Centre), yang dapat menampung sehingga 3,500 orang. Masjid Kowloon didirikan pada tahun 1896 and ia dibina pada mulanya untuk tentera India Muslim dari tentera Inggeris untuk menjalankan tugas agama mereka. Masjid persegi ini terdiri daripada 4 menara, marmar putih di fasad dan lantai, atap merah jambu dan kubah besar di atasnya.

Empat masjid lain di wilayah ini termasuk Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju SadickMasjid JamiaMasjid Chai Wan dan Masjid Stanley.

Selain dari masjid-masjid ini, terdapat juga ruang solat dan ruang di tempat-tempat tarikan pelancong seperti Hong Kong Disneyland dan Oceanpark.

 

5. Lampu yang mempesonakan dan Pencakar Langit yang menjulang tinggipencakar langit hong kong

Menurut Guinness World Records, Hong Kong merupakan bandar perkotaan tertinggi di dunia, kerana jumlah ketinggian semua pencakar langitnya melebihi 330 kilometer. Dengan pelbagai bangunan pencakar langit yang menghiasi pelabuhan, Hong Kong terkenal kerana ia mempunyai salah satu latar langit yang paling mengagumkan. Waktu malam terutama sekali memaparkan sisi langit yang indah kerana lampu warna-warni menghiasi Victoria Peak.

Lebih-lebih lagi, pada Disember 2005, Hong Kong memecahkan satu lagi Rekod Dunia Guinness (Guinness World Record) untuk "Persembahan Kekal Yang Terbesar untuk Cahaya dan Suara" (Largest Permanent Light and Sound Show). Pertunjukan 10 minit ini dinamakan A Symphony of Lights (Simfoni Cahaya) dan bermula setiap malam pada pukul 8pm. Ia menampilkan paparan kesan visual khas yang mempesonakan ketika pancaran laser dan kilatan menerangi langit malam, disertai dengan muzik yang menggembirakan. Ini jelas menunjukkan bahawa anda tidak mahu ketinggalan persembahan ini semasa anda berada di Hong Kong!

Pada akhir pertunjukan, anda boleh pergi ke kawasan popular seperti Lan Kwai Fong dan SoHo untuk mendapatkan pengalaman yang meriah pada waktu malam. Sebaliknya, jika anda mencari pengalaman yang lebih tenang, anda boleh melakukan pelayaran pada waktu malam di sepanjang Victoria Harbour atau mengunjungi Pasar Malam Temple Street di mana anda boleh membeli barang-barang antik dan teh sebagai cenderahati untuk orang-orang yang anda sayangi.

 

6. Di Sinilah Seni Jalanan Berkembang Majujalanan hong kong

Kredit Gambar: Lysander Yuen di Unsplash

Hong Kong mempunyai pelbagai seni jalanan yang meriah di mana anda boleh mendapatkan gambar OOTD (Outfit of the Day/Pakaian Hari) yang sempurna. Ia tidak sukar untuk mencarinya kerana seni-seni ini dinamakan Art Lane dan ia menampilkan mural berwarna-warni yang dilukis di bangunan lama, dan merangkumi tema seni dan muzik.

Terletak juga di salah satu kawasan kejiranan paling sibuk di Hong Kong iaitu Public Square Street. Tempat mural ini mempunyai tangga yang dilukis dengan reka bentuk bunga kuning, biru dan merah terang – sesuai untuk mengambil gambar untuk Instagram.

Tempat seni jalanan lain yang patut disebuti adalah Sing Lei Mahjong Parlor, yang terletak di tengah-tengah Temple Street Market. Ia menampilkan karikatur pemimpin-pemimpin politik yang sedang bermain permainan mahjong yang lucu.

 

7. Tarikan Pelancongan Mesra Muslimhong kong disneyland

Tidak ada tarikan yang lebih seronok untuk keluarga anda untuk bersiar-siar seharian selain dari taman tema terbaik di Hong Kong. Hidupkan kembali impian masa kecil anda dan habiskan hari anda di Hong Kong Disneyland. Risau untuk mencari makanan Halal? Terdapat restoran dan kiosk makanan yang disahkan Halal di Hong Kong Disneyland. Dan! Ruang solat boleh didapati di taman tema di sebelah Restoran Tahitian Terrace (Halal).

Sejujurnya, anda tidak perlu menjadi kanak-kanak untuk menikmati taman tema Hong Kong. Taman tema ini selalu ada sesuatu untuk setiap kumpulan umur. Hong Kong Disneyland adalah tempat yang anda ingin lawati jika anda mencari percutian yang mempesonakan dalam pelancongan anda ke Hong Kong. Menginap selama satu atau dua malam di tempat peranginan mereka dan dikelilingi dengan segala yang menggembirakan kanak-kanak batin anda.

Peminat tunggangan taman tema yang mendebarkan? Keistimewaan Ocean Park pasti begitu. Taman tema berusia 40 tahun ini mungkin kelihatan kuno di luar tetapi anda pasti tidak mahu ketinggalan taman tema ini semasa anda berada di Hong Kong. Pertama sekali, taman tema ini BESAR. Berlumba ke tunggangan klasik mereka seperti Hair Raiser, The Flash, The Mine Train dan The Dragon. Apabila tiba waktunya, singgah untuk solat di dalam taman tema itu sekali. Berjalan ke Pejabat Perhubungan Tetamu dan kakitangan di situ akan membantu anda ke ruang solat. Dapatkan tenaga anda balik di restoran yang disahkan Halal di Ocean Park - Cafe Ocean, Dive Into A Float di Marina World dan Panda Cafe Food To Go di Amazing Asian Animals.

Petua! Bawa Bersama anda pakaian solat dan sejadah poket. Anda akan menemui arah kiblat yang bertanda di dalam bilik. Anda boleh menunaikan wudhu di tandas berdekatan.

Pada waktu malam, naiki Pelayaran Pelabuhan Bauhinia (Bauhinia Harbour Cruises) dan nikmati pemandangan Pelabuhan Victoria yang menakjubkan. Dinamai sempena bandar bunga Hong Kong, Bauhinia, Pelayaran Pelabuhan Bauhinia membolehkan anda masuk kapal yang telah menjadi sebahagian daripada sistem pengangkutan awam Hong Kong. Menjamu selera Pelayaran Pelabuhan Bauhinia’s menu Halal di atas kapal atau mengambil udara segar di dek atas.

Petua! Pelayaran Pelabuhan Bauhinia berhenti di North Point dan Hung Hom Pier. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.cruise.com.hk.

 

8. Nikmati Alam Terbaikpantai big wave bay

Kredit Foto: @hannyg_3 di Instagram

Walaupun saiznya kecil, Hong Kong tetap dapat mengekalkan lanskap alam semula jadi. Sama ada di pantai atau kawasan pergunungan, pelancong dan orang awam dapat menikmati pengembaraan berjalan kaki, jalan-jalan rekreasi dan berenang. Hong Kong Global Geopark adalah kawasan yang luas dengan formasi batuan unik yang menampilkan pemandangan indah.

Terdapat juga Taman Kowloon untuk peneliti dan pemerhati burung, dan juga untuk berkelah dan bersantai. Beberapa pantai termasuk Pantai Big Wave Bay, Pantai Repulse Bay dan Mui Wo dan Pantai SilverMine Bay. Dikelilingi oleh bukit, kehijauan dan pergunungan, pantai-pantai ini kaya dengan pemandangan alam semula jadi yang biru dan hijau.

Luangkan satu hari dari jadual perjalanan anda dan naiki Dragon's Back semasa anda berada di Hong Kong. Kembara berjalan kaki ini akan membawa anda ke Big Wave Bay yang indah. Semasa perkembaraan anda, anda akan dapat melihat pemandangan panorama pantai bandar ini. Dragon's Back ini pasti akan membuat jantung anda mengepam tetapi jangan ragu untuk perlahankan aktiviti mendaki dan mengikut rentak anda sendiri.

 

9. Sejarah dan Budayabig buddha hong kong

Kredit Gambar: Jason Cooper di Unsplash

Bolehkah anda percaya bahawa penduduk-penduduk pertama di Hong Kong menetap pada akhir Zaman Batu? Itu hampir 9 abad yang lalu! Hari ini, Hong Kong dipenuhi dengan banyak harta karun yang unik, iaitu 'Big Buddha' setinggi 34 meter yang terletak di biara Po Lin, dan kuil-kuilnya yang moden seperti Kuil Wong Tai Sin yang berfungsi sebagai rumah ibadat bagi tiga agama - Taoisme, Buddhisme, dan Confucianisme.

Cara Sampai Ke Sini! Naik Keretapi MTR dan turun di Stesen Tung Chung, Exit B. Anda akan menemui Citygate Outlet Mall tepat di luar stesen kereta api. Berjalan lebih jauh ke arah Terminal Kereta Kabel Ngong Ping dan naik kereta kabel 25 minit ke Ngong Ping 360. Sebagai alternatif, menaiki bas 23 dari Stesen Tung Chung selama 50 minit perjalanan ke Terminal Bas Ngong Ping.

Tempat bersejarah lain yang patut disebutkan adalah Haw Par Mansions yang menggabungkan unsur-unsur Cina dan Barat dalam gaya seni bina, dan Gua Kamikaze yang dulu diduduki oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Berjalan ke Muzium Sejarah Hong Kong dan bayangkan bagaimana peneroka awal tiba di Hong Kong dengan kapal jong (junk). Gali lebih mendalam dan berlajar mengenai perkembangan dan pemodenan Hong Kong di bawah jajahan Inggeris. Jangan ketinggalan Kowloon City Walled Park semasa anda berada di Hong Kong dan saksikan bagaimana bandar ini pernah dikenali sebagai tempat paling padat penduduk di dunia ini. Bandar ini mempunyai 35,000 orang yang dimuatkan dalam bangunan apartment yang sungguh kecil. Namun, teruskan mendengar tentang kisah-kisah mereka yang menetap di sini. Keadaan hidup mereka mungkin kelihatan pelik tetapi penduduk-penduduk Kowloon gembira.

10. Berkata Ya Untuk Pasar Malam!night market hong kong

Kredit Gambar: Gambar oleh Annie Spratt di Unsplash

Terakhirnya, Hong Kong tidak akan segembira dan riang tanpa penduduk-penduduk mereka. Sama ada anda bangun pada pukul 5 pagi untuk menyaksikan penduduk tempatan berlatih Tai Chi atau berduduk di gerai makan pada waktu petang, anda boleh mengharapkan orang tempatan berbual mesra dengan anda, sama ada anda saling bertutur dalam bahasa yang sama atau tidak.

Lebih-lebih lagi, jikalaupun anda tersesat, penduduk tempatan akan bersedia membantu anda mencari jalan. Pastikan anda bersedia dengan beberapa frasa Kantonis!


Terdapat banyak lagi yang boleh diterokai di bandar Hong Kong. Hong Kong telah berkembang selama bertahun-tahun. Temui sudut-sudut dan celah-celah Hong Kong dan rasakan sisi Hong Kong yang berbeza.

Artikel ini disampaikan kepada anda oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong.

 

I'm an aspiring digital marketer and enjoy projects that require creativity. I do freelance writing on travel-related articles and sell illustrations in my spare time.

Leave a comment