Imbas Kembali Zaman Kanak-Kanak Di 4 Tempat Wisata Hong Kong

By Nurul Shamin | 25, Jun, 2020
Imbas Kembali Zaman Kanak-Kanak Di 4 Tempat Wisata Hong Kong

Artikel ini aslinya ditulis oleh Rashmi Wickramasinghe dalam bahasa Inggris. Kamu boleh membaca artikel dalam bahasa Inggris yang ditulisnya di sini.

Hong Kong sememangnya tempat ulung untuk berseronok - terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan banyak pengalaman untuk diraih. Lokasi-lokasi wisata di Hong Kong sangat penting untuk dimasukkan ke dalam itinerari seseorang pelancong kerana Hong Kong mempunyai antara tempat-tempat paling menarik di Asia! 

Dengan berbilang aktiviti dan permainan untuk anda pilih, anda pasti akan sibuk dengan keseronokan! Berikut adalah beberapa lokasi wisata untuk membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak sewaktu di Hong Kong! 

Excited Netflix GIF by The Swoon

via GIPHY


1. Hong Kong Disneyland

Kredit Gambar: Hong Kong Disneyland

Siapa tidak suka Disneyland?! Lebih penting lagi, anda tidak perlu melancong jauh ke US untuk mengalami Disneyland kerana Disneyland di Hong Kong sama taraf kehebatannya kerana adanya pengaruh Timur-Barat. 

Hong Kong Disneyland mempunyai 7 kawasan yang berbeza dengan tempat-tempat menarik, permainan-permainan dan majlis yang unik bagi setiap kawasan.

Salah satu tempat menarik ialah di Main Street, USA ialah Hong Kong Disneyland Railroad - sebuah perjalanan cukup indah yang membawa anda ke semua kawasan dan daerah di Fantasyland. Satu lagi daya tarikan ialah Disney Paint the Night Parade. Tarikan ini berlangsung selama 30 minit yang mana terdapat lampu-lampu LED dan semua watak-watak Disney akan berarak mengikut rentak lagu-lagu terkenal yang dikaitkan dengan mereka. Salah satu tempat yang harus dikunjungi ialah Royal Princess Garden di mana anda boleh memetik gambar bersama-sama puteri Disney kegemaran anda!

Satu lagi tempat wajib anda lawati di Adventureland ialah Festival cerita Lion King. Di sana, anda akan menonton animasi unggul yang menceritakan semula cerita klasik tersebut. Naiki Jungle River Cruise untuk melihat secara terkemuka binatang-binatang animatronik. Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars ialah sebuah permainan roller coaster yang mesti anda cuba. 

Kredit Gambar: Hong Kong Disneyland

Sebuah tarikan gempak di Mystic Point ialah Mystic Manor - versi rumah hantu di Hong Kong Disneyland yang mempunyai cerita unik tentang perawakan Lord Henry Mystic dengan temannya, seekor monyet, dengan watak-watak comel dan pengalaman yang penuh dengan kejutan-kejutan. 

Toy Story Land memang penuh dengan keseronokan, terutama sekali RC Racer - iaitu sebuah gelongsor yang mempunyai permainan kereta yang bergerak atas dan bawah - sangat mengecutkan hati! 

Kredit Gambar: Hong Kong Disneyland

Fantasyland memang penuh majis! Salah satu daya tarikan di situ ialah Mickey dan Buku Ajaib, yang merupakan persembahan yang terbaik di Hong Kong Disneyland - persembahan selama 30 minit ini membawakan ramai watak-watak Disney yang digemari ramai yang akan menari mengikut rentak lagu-lagu digabungkan mengikut genre muzikal. Cinderella Carousel ialah tarikan yang harus dinaiki semua orang, sudah pastinya ia menjadi impian setiap orang untuk menaiki merry-go-round yang mempunyai kuda-kuda segak dan muzik indah. Permainan yang paling seronok di Fantasyland sudah pastinya ialah Cawan Teh Mad Hatter - cawan gergasi yang berputar yang pastinya akan membuat awak teruja. 

Kredit Gambar: Hong Kong Disneyland

Pergi ke Tomorrowland untuk permainan-permainan dan daya tarikan yang bertemakan futuristik. Hyperspace Mountain merupakan roller coaster yang khas untuk semua penggemar Star Wars, elak percikan api sambil mendengar putaran lagu tema Star Wars - pastinya sebuah pengalaman yang epik. Iron Man Experience adalah satu-satunya permainan Marvel yang hanya ada di Hong Kong Disneyland - anda akan melambung tinggi sambil melihat pemandangan Hong Kong di permainan 3D Iron Man ini.

Di sana juga terdapat tempat peranginan untuk anda diami dan alami pengalaman unik dengan bilik-bilik dan suite bertemakan Disney! Anda boleh pilih salah satu daripada tiga tempat penginapan - Disney Explorer’s Lodge ialah untuk mereka yang suka mengembara, bagi yang suka keanggunan, anda boleh pilih untuk menginap di Hong Kong Disneyland Hotel, bagi yang gemar majis Hollywood boleh menginap di Hollywood Hotel Disney! 


Cara ke Sana

Anda boleh menaiki keretapi MTR untuk ke Hong Kong Disneyland yang mempunyai perjalanan dengan pemandangan indah dan mod pengangkutan yang lebih berbaloi. Anda perlu mengikuti garisan Tung Chung ke Stesen Sunny Bay, tukar ke garisan Penginapan Disney dan ke Keretapi Disney - keretapi yang bertemakan Disney. 


Informasi Tiket

Tiket biasa untuk sehari atau dua hari di Disneyland bermula dari harga HK$639 untuk dewasa dan pengunjung berusia 12 tahun ke atas. 

Pakej 2 hari bermula dari harga HK$719, dengan adanya baucar diskaun HK$30 untuk dagangan dan akses segera taman permainan dengan e-tiket Disney. (Lawatan pertama harus pada atau sebelum 31 Disember 2019).

Terdapat juga Tiket Keutamaan Disney + Pakej 1-hari bermula dari harga HK$938 dan HK$838 - pergi ke lelaman Disney untuk maklumat lanjut. 


Makan dan Beli-belah

Terdapat 2 restoran halal dalam taman bertema itu - Tahitian Terrace di Adventureland dan Restoran Kelab Peneroka di Mystic Point.

Anda boleh dapatkan makanan bersijil halal atas permintaan di restoran-restoran berikut: 

Chef Mickey di Hollywood Hotel Disney

  • Studio Lounge di Hollywood Hotel Disney 
  • Kafe Walt di Hong Kong Disneyland Hotel
  • Dragon Wind di Disney Explorers Lodge
  • World of Color Restaurant di Disney Explorers Lodge
  • Khidmat Bilik di Hong Kong Disneyland Hotel

 

Kemudahan Ruang Solat 

Taman bertema ini mempunyai ruang solat; ruang ini berada bersebelahan dengan Restoran Kelab Peneroka. Ruang ini juga mempunyai kemudahan mengambil wudhu, namun, tiada tikar solat yang diberikan jadi anda perlu membawa tikar anda sendiri. 

Alamat: Lantau Island, Hong Kong

Waktu operasi: 10:30 pagi hingga 8:30 malam

Penting! Waktu untuk tempat tarikan dan permainan berbeza-beza, jadi anda perlu kunjungi lelaman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Laman Web | Facebook | Instagram


2. Ocean’s Park 

Kredit Gambar: Ocean Park di Facebook

Ocean Park Hong Kong, sebuah taman hiburan bertemakan kehidupan laut telah menyebabkan terukirnya senyuman di wajah ramai orang sejak 1977, ialah tempat tarikan yang mesti ada dalam senarai anda. 

Sebuah tempat yang mempunyai tarikan untuk semua, Ocean Park Hong Kong merupakan taman hiburan sekaligus taman kehidupan laut dan taman haiwan semua dalam satu! Ia juga merupakan tempat diaman beruang Panda terkenal - Le Le dan Ying Ying - siapa yang tidak gemar beruang panda? Taman bertema ini sebesar 915,000 meter persegi, sebesar 174 padang bola. 

Taman hiburan ini ada dua kawasan utama: Waterfront dan Summit, yang ada 8 zon bertemakan berbeza-beza untuk aktiviti-aktiviti, persembahan-persembahan, tarikan-tarikan dan permainan-permainan. Semua pengunjung akan ke Waterfront dahulu kerana ia berdekatan dengan tempat masuk, namun, jika anda ingin menggunakan masa anda di sana secukupnya, anda patut menaiki kereta kabel atau keretapi ekspres untuk terus ke Summit.

Hair Raiser

Kredit Gambar: Ocean Park

Summit ialah tempat yang mempunyai permainan-permainan yang menyeronokkan dan Polar Adventure. Ocean Park dikenal sebagai taman yang mempunyai banyak permainan yang gempak - permainan-permainan yang terkenal seperti Hair Raiser, Raging River, Rapids dan Flash. Satu lagi tarikan yang anda harus lawati di Summit ialah Mine Train - sebuah rollercoaster yang unik kerana ia menggunakan teknologi VR! Jika anda sememangnya seseorang yang gemar merasakan derasan adrenalin, permainan ini memang untuk anda! 

Setelah merasakan derasan adrenalin, apa kata anda lakukan sesuatu yang lebih santai seperti di tarikan Polar Adventure yang didiami oleh binatang-binatang dari Kutub Utara dan Selatan, anda akan melihat penguin, anjing laut dan pelbagai binatang lagi. Jika anda ingin lebih dekat lagi dengan binatang-binatang, anda boleh mengambil bahagian dalam Animal Encounter. 

Giant Panda Adventure

Kredit Gambar: Ocean Park

Setelah anda mengembara di Summit, anda boleh ke Waterfront. Di Waterfront, tarikan utama ialah Beruang Panda Gergasi, Akuarium Agung dan Jalan Hong Kong Lama. Akuarium Agung, seperti namanya, memang agung - dengan adanya 5000 ikan-ikan dari 400 jenis yang berbeza, anda sudah tentu akan teruja dengan kepelbagaian yang ada. Jalan Hong Kong Lama oleh  Kedai Roti Kee wah akan membawa anda ke zaman silam 50an dan 70an di Hong Kong. 

Jangan lupa untuk melawat Le Le dan Ying Ying, bintang-bintang taman itu! Anda tidak dapat menahan rasa ingin menggigit beruang-beruang panda yang sangat comel itu dengan kemalasan mereka sewaktu dalam ruang diaman mereka. Sebelum mengakhiri hari andam pergi ke Aqua City untuk menyaksikan persembahan air di skrin 360 darjah yang pertama di dunia - Symbio! Persembahan ini berlangsung pada malam hari dengan adanya lampu-lampu, pyroteknik, muzik dan animasi - ia akan mengakhiri hari anda yang penuh keseronokan di Ocean Park dengan sempurna. 

Anda boleh juga menginap di  Hong Kong Ocean Park Marriott Hotel, yang berada di tempat masuk taman itu.

Cara ke Sana 

  • Anda boleh menaiki bas lokal atau rentas sempadan dan turun selepas melalui terowong Aberdeen, selepas itu berjalan ke taman tersebut. 
  • Anda juga boleh menaiki Citybus mengikut garisan 629 yang beroperasi hari-hari dari Central Star Ferry setiap 20-60 minit.
  • Anda boleh menaiki keretapi MTR ke stesen Ocean Park melalui garisan South Island -  pastikan anda dapatkan kad pelancong Octopus terlebih dahulu.
  • Jika anda memandu, lebih mudah kerana anda hanya perlu ke sana dan mencari ruang meletak kereta. 

Informasi Tiket

Anda boleh membeli tiket di gerbang taman atau menempah dalam talian menerusi lelaman rasmi. Tiket juga boleh didapatkan dari kedai-kedai 7-11. 

Tiket biasa berharga HK$498 untuk orang dewasa dan pengunjung berusia 12 tahun ke atas, manakala tiket kanak-kanak berharga HK$249. Jika anda kurang berminat untuk beratur berpanjangan, anda boleh dapatkan Ocean FasTrack (Biasa) tiket yang berharga HK$280 untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa - ia memberikan keutamaan kepada anda akses 7 permainan dan tarikan. Terdapat dua lagi pilihan untuk FasTrack: HK$400 (Mewah) dan HK$520 (Unggul).

Makan dan Beli-belah

Terdapat pelbagai pilihan tempat membeli makanan di Ocean Park, dari kafe ke restoran. Terdapat juga kiosk-kiosk makanan di merata tempat taman ini, jadi jika anda ingin makan snek, anda hanya perlu berjalan-jalan di sekeliling taman untuk mendapatkan snek - terutama sekali untuk mengisi perut selepas bermain permainan-permainan di sana. 

Anda boleh dapatkan makanan Halal di Kafe Ocean, Dive into A Float (di Marine World), Panda Cafe Food To Go (di Amazing Asian Animals), dan di Popcorn Cart (di Aqua City). Semua hidangan di restoran-restoran dan kiosk-kiosk ini sudah mendapat sijil kesahan daripada Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong seperti yang dinyatakan di lelaman rasmi taman ini. 

Terdapat banyak kedai cenderamata di taman ini, jadi pastikan anda mendapatkan sesuatu sebagai kenangan anda di taman hiburan ini. 

Kemudahan Ruang Solat 

Ruang solat dengan indikasi arah Qibla mudah diakses, ruang ini berada berdekatan  dengan Pejabat Guest Relations yang berada di tempat masuk utama dan di Thrill Mountain di Summit. 

Address: Aberdeen, Hong Kong

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 10:00 pagi - 7:00 malam

    Sabtu dan Ahad, 10:00pagi – 9:00 malam

Laman Web | Facebook | Instagram | Twitter


3. 
SuperPark Hong Kong

Kredit Gambar: SuperPark Hong Kong di Facebook

Sebuah taman sukan dalam yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk semua orang, anda pasti boleh berseronok di sana! Ia merupakan taman suka rantaian dari Finland dan mempunyai banyak lagi cawangan di peringkat global. Fokus utama mereka ialah seronok - jadi ia merupakan tempat yang sesuai untuk anda kembali ke zaman kanak-kanak dan bermain! 

Kredit Gambar: SuperPark Hong Kong di Facebook

Taman ini dibahagikan kepada 3 - Pengembaraan, Arena Permainan, dan Dewan Gaya Bebas. Ruang Pengembaraan mempunyai pelbagai aktiviti seperti gelongsor tiub, tali kabel (flying fox) dan trek kereta pajakan! Arena Permainan ialah di mana semua keseronokan akan dirasakan! Permainan-permainan menyeronokkan seperti Superball, Hotstepper, dan pinball - anda pasti akan berasa sangat seronok sehingga tidak perasan yang anda telah berpeluh-peluh! Terdapat juga robot yang menjadi penjaga gol! Dewan Gaya Bebas sememangnya ruang paling menyeronokkan di Superpark - kerana ia ada trampolin! Tiada siapa yang tidak suka melompat-lompat! Terdapat juga beg menebuk SuperBoxer yang dikawal oleh AI dan dinding sepanjang 8 meter untuk didaki di SuperClimb! 

Cara ke Sana

Anda boleh menaiki keretapi MTR dari Olympian City dan berjalan selama 15 minit dari sana untuk sampai ke taman ini. Anda boleh menaiki bas yang melalui mana-mana garisan ini: 13D, 43C, 87B, 701/701S, 971, N23, E21, A21. Garisan untuk bas mini adalah: 46, 78, 70

Informasi Tiket 

Super Day Tickets

  • Morning mayhem (9am to 1pm): HK$180
  • Middle Session (1:30pm to 5:30pm): HK$210
  • After 6pm: HK$150
  • One day ticket: HK$ 250

Harga tiket tertakluk pada hari anda mengunjungi taman ini; anda perlu semak kalendar tiket di lelaman rasmi untuk menempah hari dan mendapatkan harga tiket. 

Tiket Biasa 

Tiket untuk satu hari: HK$180

Selepas jam 6 petang: HK$120

Tiket Hari Hebat (Super Day) 

  • Pagi (9 pagi - 1 tengahari ): HK$180
  • Pertengahan (1:30 tengahari - 5:30 petang): HK$210
  • Selepas jam 6 petang : HK$150
  • Tiket satu hari: HK$ 250

Makan dan Beli-belah

Terdapat hanya satu restoran di dalam taman ini, namun, ianya tidak Halal. 

Kemudahan Ruang Solat 

Sayang sekali, mereka tidak ada kemudahan ruang solat, jadi anda perlu membawa sejadah dan alat solat sendiri.

Alamat: G/F One SilverSea, No 18 Hoi Fai Road, Kowloon, Hong Kong (berhampiran Olympian City)

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 10:00 pagi – 9:00 malam

                Hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah public, 9:00 pagi – 9:00 malam

Laman Web Facebook | Instagram


4. Noah’s Ark

Kredit Gambar: Noah's Ark di Facebook

Bahtera Noah seringkali dikaitkan dengan kisah dari buku Bible, namun, di Hong Kong - anda tidak akan bertemu dengan Bahtera Noah yang sebenar tetapi anda akan bertemu dengan taman bertema yang berpusatkan konsep cerita itu dan menonjolkan replika bahtera tersebut. 

Kredit Gambar: Noah's Ark di Facebook

Bahtera Noah disifatkan lebih ke arah pendidikan daripada keseronokan, jadi jika anda ingin pengalaman yang lebih santai, daya tarikan ini memang sesuai untuk anda. Taman ini dibahagikan kepada 3 - Bahtera Noah, Menara Solar dan Taman Alam Semulajadi. Kebanyakan fokus taman ini ialah binatang-binatang dan alam, jadi anda akan menemukan banyak paparan binatang hidup dan juga ukiran sebesar manusia di ruang masuk.

Bahtera Noah mempunyai bahagian lain seperti Taman Bahtera, Expo Bahtera - merupakan salah satu pameran terbesar meteorit di Hong Kong. Adventureland merupakan tempat di mana anda akan berasa paling seronok kerana anda akan melalui laluan berhalangan. Manakala di Ark Life Education House, Treasure House dan e-Planet terdapat aktiviti interaktif untuk kanak-kanak. Bahtera Noah juga ada tempat penginapan untuk anda sepanjang anda mengunjungi taman bertema ini. 

Menara Solar mempunyai salah satu teleskop vakum solar terbesar di Asia Tenggara yang dibuka kepada awam. Menara Solar memberikan fokus kepada Sains dan teknologi yang mempunyai aktiviti-aktiviti interaktif. Taman Alam Semulajadi mempunyai pelbagai jenis pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang memberikan pemandangan yang sempurna dan ruang yang elok untuk bergambar. 

Alamat: 33 Pak Yan Rd, Ma Wan, Hong Kong

Waktu operasi: Taman ini beroperasi dari jam 10:00 pagi - 6:00 petang 

                            The Noah’s Ark Hotel and Resort beroperasi 24 jam 

                            The Harvest Restaurant (10:00 pagi - 9:30 malam)

                            The Nature Garden (8:00 pagi - 6:00 petang)

Penting! Waktu terakhir untuk memasuki pameran-pameran berbeza-beza: 

  • Solar Tower: 5:00 petang 
  • Nature garden: 5:00 petang 
  • Ark Expo: 5:15 petang 
  • Treasure house: 5:45 petang
  • Ark Garden: 5:45 petang 

Cara ke sana

Anda perlu mengambil feri dari Central Ferry Pier No. 2 dan melintas ke Victoria Harbour ke AMA Wan Island. Harga feri sekitar HK$27 dan perjalanan akan mengambil masa sekitar 30 minit.

Informasi Tiket

Anda boleh mendapatkan di gerbang masuk atau membuat tempahan dalam talian melalui lelaman rasmi. 

Harga tiket biasa ialah HK$198 manakalai harga tiket kanak-kanak dan warga emas ialah HK$158. Tiket ini membenarkan akses ke seluruh tarikan di taman ini kecuali Adventureland.

Makan dan beli-belah

Taman ini mempunyai dua restoran: Restoran the Harvest dan Noah’s Kitchen. Restoran Harvest menghidangkan bufet antarabangsa dan lebih mewah. Noah’s Kitchen lebih disifatkan sebagai kafe yang menjual pencuci mulut dan minuman.

Tiada maklumat yang menyatakan sama ada makanan di restoran-restoran ini Halal, namun, anda boleh memilih untuk memakan hidangan sayur-sayuran atau makanan laut. 

Rainbow Gallery dan Kid’s Deck adalah kedai-kedai cenderamata yang menjual anak patung, plushies dan alat tulis comel bertemakan binatang. 

Kemudahan Ruang Solat

Tiada ruang di taman atau tempat peranginan yang disediakan sebagai ruang solat jadi anda harus membawa tikar solat dan alat solat anda sendiri :)

Sekarang, anda sudah tahu taman hiburan/taman bertema yang anda boleh kunjungi sewaktu anda di Hong Kong. Pastinya, anda akan meraih pengalaman yang menyeronokkan - dengan itu, berehat dan berseronoklah! 

Now you know which amusement/ theme parks to head to when in Hong Kong. It’s going to be a fun ride – so let loose and enjoy!

Laman WebFacebook | Instagram | Twitter


Artikel ini disampaikan kepada anda oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong.

happy fairly oddparents GIF

via GIPHY

'Be in this world as though you are a stranger or a traveller' Prophet Muhammad SAW