Description

Indonesian Recipes

Nilai, Malaysia

Dishes

Profile-image
Loader

Delicious

Loader Profile image

Description

Indonesian Recipes

CrescentRating

CrescentRating: Not CrescentRated

Halal Assurance

Halal certified restaurant

Address

Jalan BBN 1/3, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

  • 10 Sebab Mengapa Anda Wajib Melawati Hong Kong

    Artikel ini aslinya ditulis oleh Assia Hamdi dalam bahasa Inggris. Kamu boleh membaca artikel dalam bahasa Inggris yang ditulisnya di sini. Tahukah anda bahawa Hong Kong adalah bandar keempat di dunia yang paling padat penduduknya? Dengan populasi lebih dari 7 juta orang, bandar raya ini yang sentiasa kesesakan trafik selalu mempunyai pelbagai aktiviti yang dapat menyeronokkan dan mengagumkan anda. Anda boleh bersiar-siar dan melihat pelbagai monumen keagamaan yang bersejarah, membeli jenama tempatan eksklusif dari 10 pusat membeli-belah dan menikmati makanan sedap dengan pelbagai jenis hidangan yang disajikan di restoran-restoran halal di Hong Kong. Oleh itu, jika anda sedang merancang percutian impian anda, berikut adalah 10 sebab mengapa anda harus melancong ke Hong Kong! via GIPHY 1. Lawati bandar-bandar yang berdekatan Hong Kong Kredit Gambar: Kychan di Unsplash; Melancong ke bandar-bandar berdekatan Hong Kong sangat mudah dengan lebih daripada satu cara untuk pergi ke bandar-bandar ini. Pelancong boleh menaiki kereta api, feri, bas atau kapal terbang ke bandar-bandar ini dengan senang. Setelah anda sudah mendarat di Asia, Hong Kong pasti merupakan perhentian yang sesuai untuk anda! Oleh kerana Hong Kong adalah salah satu hab penerbangan yang paling sibuk di dunia, ini menjadikannya sesuatu tempat yang sungguh mudah untuk mencari penerbangan terus ke dalam atau dari destinasi. Selain itu, kerana Hong Kong terletak di daerah Selatan China, ia berfungsi sebagai percutian terbaik untuk singgah sebelum anda menuju ke Asia Tenggara. Sekiranya anda ingin menginap lebih lama di Hong Kong, berjalanlah ke bandar-bandar yang berdekatan seperti ShenZhen dan Macau. Bandar-bandar kosmopolitan ini selalu dilawati oleh pelancong di Hong Kong kerana ia sangat mudah untuk melintasi sempadannya. Sekarang, anda boleh menaiki kereta api selama 20 minit di Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong Express Rail Link (XRL) atau selama 45 minit dengan metro di East Rail Line. Walaupun kereta api adalah mod pengangkutan yang paling popular, ada yang lebih suka menaiki bas ulang-alik privet, menaiki feri dari Terminal Feri Hong Kong Macau ke Shekou Cruise Port atau penerbangan ke Lapangan Terbang Shenzhen. Baca Juga: All Set For The Best Deals In Seoul? Check Out These Top 5 Night Markets in Seoul, South KoreaMelancong Bersama Kami!: The Best of Tokyo and Osaka In 7 Nights 2. Kemudahan Pengangkutan Awam Kredit Gambar: Gambar oleh Chapman Chow di Unsplash Menurut artikel yang ditulis oleh Daniel Szuc, dianggarkan lebih 90% daripada 7.4 juta orang yang tinggal di Hong Kong menggunakan pengangkutan awam. Rekod ini hanya membuktikan kecekapan pengangkutan awam di Hong Kong. Semasa anda berada di Hong Kong, benda pertama yang anda harus mendapatkan adalah kad Octopus. Apabila anda memilih tiket mingguan atau tiket pelancong, anda akan menjimatkan banyak wang ketika anda menggunakan pengangkutan awam di Hong Kong. Sekiranya anda hanya menaiki pengangkutan awam untuk sebahagian perjalanan anda, anda mungkin mahu membayar semasa anda menaikinya. Namun, jika anda ada tiket mingguan atau tiket pelancong, anda boleh melangkau barisan di kaunter tiket ketika suasana stesen kereta api sesak atau sibuk. Isi sejumlah wang dalam kad Octopus anda kerana anda pasti akan menggunakannya di hampir semua tempat. Ini termasuk tempat teropong di Victoria's Peak, kedai-kedai serbaneka dan mesin-mesin layan diri (Vending Machine). Keluarkan kad Octopus anda dan menggunakannya untuk kereta api, trem, dan di Star Ferry di seberang Victoria Harbour. Pada akhir perjalanan anda, bawa pulang kad Octopus sebagai cenderahati atau kembalikannya ke Pusat Khidmat Pelanggan di lapangan terbang atau stesen MTR untuk mendapatkan bayaran balik HK$50 dan baki nilai di dalam kad itu. 3. Pelbagai pilihan makanan Halal Semasa anda berada di Hong Kong, nikmati masakan tempatan Hong Kong yang terbaik - Dim Sum! Pergilah ke Kantin Pusat Islam ketika anda berada di bandar. Tip! Pastikan anda membeli Dim Sum pada waktu pagi. Penduduk-penduduk Hongkong menikmati Dim Sum sebagai sarapan jadi jangan datang pada waktu petang setelah semua makanan enak hampir habis! Jangan bimbang tentang ketersediaan makanan Halal ketika anda berada di Hong Kong! #Alhamdulillah Perkara yang paling kami sukai di Hong Kong adalah restoran-restorannya dimiliki orang Muslim dan makanan Halal yang menyajikan masakan Kanton yang terdapat di setiap daerah. Pelancong mungkin perlu berjalan-jalan mencarinya, tetapi setelah anda mendapat lokasi yang betul, percayalah kepada kami, ia sangat berbaloi! Anda akan mendapat banyak restoran Halal yang menyajikan masakan Kantonis, Turki, India dan Indonesia. Kami mempunyai tiga tempat makanan Halal yang mesti dikunjungi semasa anda berada di Hong Kong.   Islamic Center Canteen Walaupun ini mungkin klise, anda wajib menjamu selera di Islamic Center Canteen, tidak kira apa jadual perjalanan anda ketika anda mengunjungi Hong Kong. Terletak di tingkat 5 dalam Pusat Islam Osman Ramju Sadick, makanan di sini pasti berpatutan dengan hidangan Dim Sum bermula dari harga HKD13. Status Halal: Mempunyai Sijil HalalMaklumat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong IslandWaktu Operasi: 10am - 9pm   Wai Kee Wai Kee adalah lagi satu restoran yang disyorkan yang anda mesti kunjungi semasa anda berada di Hong Kong. Ini adalah tempat untuk anda mendapatkan nasi goreng itik panggang untuk HKD38. Ini akan membuat anda kembali lagi. Status Halal: Muslim-OwnedMaklumat: Stall #5 Bowrington Cooked Food Centre 1/F Bowrington Road Market, 23 Bowrington Road, Wan Chai, Hong KongWaktu Operasi: 10am - 6pm Ma’s Restaurant Ma's Restaurant adalah restoran yang menyajikan masakan Xinjiang. Anda boleh pilih dari pelbagai hidangan dan masakan yang macam-macam dari menu-nya. Ini juga merupakan satu-satunya restoran di mana anda dapat menikmati mi daging lembu Halal yang bertempatan (HKD50), dan hidangan sampingan yang paling disyorkan adalah Veal Goulash (HKD42). Status Halal: Mempunyai Sijil HalalMaklumat: Shop A, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po, Hong KongWaktu Operasi: 11.30am - 11pm Ini hanyalah setitik restoran yang terpilih dalam makanan-makanan Halal di Hong Kong. Bandar ini terdapat lebih daripada 70 restoran Halal, jadi pastikan untuk merancang jadual perjalanan anda dengan bijak dan dapatkan rasa masakan tempatan di Hong Kong!   4. Menjaga Solat Kita Kredit Gambar: Gambar oleh Joshua J. Cotten di Unsplash Menurut tinjauan yang dilakukan pada tahun 2016, terdapat kira-kira 300,000 umat Islam yang tinggal di Hong Kong, yang merupakan 4.1% penduduknya. Umat Islam di Hong Kong terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina, Indonesia dan Pakistan, dan sebahagian besar daripada mereka adalah Muslim Sunni. Hong Kong mempunyai lima masjid rasmi; masjid terbesar adalah Masjid Kowloon dan Pusat Islam (Kowloon Mosque and Islamic Centre), yang dapat menampung sehingga 3,500 orang. Masjid Kowloon didirikan pada tahun 1896 and ia dibina pada mulanya untuk tentera India Muslim dari tentera Inggeris untuk menjalankan tugas agama mereka. Masjid persegi ini terdiri daripada 4 menara, marmar putih di fasad dan lantai, atap merah jambu dan kubah besar di atasnya. Empat masjid lain di wilayah ini termasuk Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick, Masjid Jamia, Masjid Chai Wan dan Masjid Stanley. Selain dari masjid-masjid ini, terdapat juga ruang solat dan ruang di tempat-tempat tarikan pelancong seperti Hong Kong Disneyland dan Oceanpark.   5. Lampu yang mempesonakan dan Pencakar Langit yang menjulang tinggi Menurut Guinness World Records, Hong Kong merupakan bandar perkotaan tertinggi di dunia, kerana jumlah ketinggian semua pencakar langitnya melebihi 330 kilometer. Dengan pelbagai bangunan pencakar langit yang menghiasi pelabuhan, Hong Kong terkenal kerana ia mempunyai salah satu latar langit yang paling mengagumkan. Waktu malam terutama sekali memaparkan sisi langit yang indah kerana lampu warna-warni menghiasi Victoria Peak. Lebih-lebih lagi, pada Disember 2005, Hong Kong memecahkan satu lagi Rekod Dunia Guinness (Guinness World Record) untuk "Persembahan Kekal Yang Terbesar untuk Cahaya dan Suara" (Largest Permanent Light and Sound Show). Pertunjukan 10 minit ini dinamakan A Symphony of Lights (Simfoni Cahaya) dan bermula setiap malam pada pukul 8pm. Ia menampilkan paparan kesan visual khas yang mempesonakan ketika pancaran laser dan kilatan menerangi langit malam, disertai dengan muzik yang menggembirakan. Ini jelas menunjukkan bahawa anda tidak mahu ketinggalan persembahan ini semasa anda berada di Hong Kong! Pada akhir pertunjukan, anda boleh pergi ke kawasan popular seperti Lan Kwai Fong dan SoHo untuk mendapatkan pengalaman yang meriah pada waktu malam. Sebaliknya, jika anda mencari pengalaman yang lebih tenang, anda boleh melakukan pelayaran pada waktu malam di sepanjang Victoria Harbour atau mengunjungi Pasar Malam Temple Street di mana anda boleh membeli barang-barang antik dan teh sebagai cenderahati untuk orang-orang yang anda sayangi.   6. Di Sinilah Seni Jalanan Berkembang Maju Kredit Gambar: Lysander Yuen di Unsplash Hong Kong mempunyai pelbagai seni jalanan yang meriah di mana anda boleh mendapatkan gambar OOTD (Outfit of the Day/Pakaian Hari) yang sempurna. Ia tidak sukar untuk mencarinya kerana seni-seni ini dinamakan Art Lane dan ia menampilkan mural berwarna-warni yang dilukis di bangunan lama, dan merangkumi tema seni dan muzik. Terletak juga di salah satu kawasan kejiranan paling sibuk di Hong Kong iaitu Public Square Street. Tempat mural ini mempunyai tangga yang dilukis dengan reka bentuk bunga kuning, biru dan merah terang – sesuai untuk mengambil gambar untuk Instagram. Tempat seni jalanan lain yang patut disebuti adalah Sing Lei Mahjong Parlor, yang terletak di tengah-tengah Temple Street Market. Ia menampilkan karikatur pemimpin-pemimpin politik yang sedang bermain permainan mahjong yang lucu.   7. Tarikan Pelancongan Mesra Muslim Tidak ada tarikan yang lebih seronok untuk keluarga anda untuk bersiar-siar seharian selain dari taman tema terbaik di Hong Kong. Hidupkan kembali impian masa kecil anda dan habiskan hari anda di Hong Kong Disneyland. Risau untuk mencari makanan Halal? Terdapat restoran dan kiosk makanan yang disahkan Halal di Hong Kong Disneyland. Dan! Ruang solat boleh didapati di taman tema di sebelah Restoran Tahitian Terrace (Halal). Sejujurnya, anda tidak perlu menjadi kanak-kanak untuk menikmati taman tema Hong Kong. Taman tema ini selalu ada sesuatu untuk setiap kumpulan umur. Hong Kong Disneyland adalah tempat yang anda ingin lawati jika anda mencari percutian yang mempesonakan dalam pelancongan anda ke Hong Kong. Menginap selama satu atau dua malam di tempat peranginan mereka dan dikelilingi dengan segala yang menggembirakan kanak-kanak batin anda. Peminat tunggangan taman tema yang mendebarkan? Keistimewaan Ocean Park pasti begitu. Taman tema berusia 40 tahun ini mungkin kelihatan kuno di luar tetapi anda pasti tidak mahu ketinggalan taman tema ini semasa anda berada di Hong Kong. Pertama sekali, taman tema ini BESAR. Berlumba ke tunggangan klasik mereka seperti Hair Raiser, The Flash, The Mine Train dan The Dragon. Apabila tiba waktunya, singgah untuk solat di dalam taman tema itu sekali. Berjalan ke Pejabat Perhubungan Tetamu dan kakitangan di situ akan membantu anda ke ruang solat. Dapatkan tenaga anda balik di restoran yang disahkan Halal di Ocean Park - Cafe Ocean, Dive Into A Float di Marina World dan Panda Cafe Food To Go di Amazing Asian Animals. Petua! Bawa Bersama anda pakaian solat dan sejadah poket. Anda akan menemui arah kiblat yang bertanda di dalam bilik. Anda boleh menunaikan wudhu di tandas berdekatan. Pada waktu malam, naiki Pelayaran Pelabuhan Bauhinia (Bauhinia Harbour Cruises) dan nikmati pemandangan Pelabuhan Victoria yang menakjubkan. Dinamai sempena bandar bunga Hong Kong, Bauhinia, Pelayaran Pelabuhan Bauhinia membolehkan anda masuk kapal yang telah menjadi sebahagian daripada sistem pengangkutan awam Hong Kong. Menjamu selera Pelayaran Pelabuhan Bauhinia’s menu Halal di atas kapal atau mengambil udara segar di dek atas.Petua! Pelayaran Pelabuhan Bauhinia berhenti di North Point dan Hung Hom Pier. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.cruise.com.hk   8. Nikmati Alam Terbaik Kredit: @hannyg_3 di Instagram Walaupun saiznya kecil, Hong Kong tetap dapat mengekalkan lanskap alam semula jadi. Sama ada di pantai atau kawasan pergunungan, pelancong dan orang awam dapat menikmati pengembaraan berjalan kaki, jalan-jalan rekreasi dan berenang. Hong Kong Global Geopark adalah kawasan yang luas dengan formasi batuan unik yang menampilkan pemandangan indah. Terdapat juga Taman Kowloon untuk peneliti dan pemerhati burung, dan juga untuk berkelah dan bersantai. Beberapa pantai termasuk Pantai Big Wave Bay, Pantai Repulse Bay dan Mui Wo dan Pantai SilverMine Bay. Dikelilingi oleh bukit, kehijauan dan pergunungan, pantai-pantai ini kaya dengan pemandangan alam semula jadi yang biru dan hijau. Luangkan satu hari dari jadual perjalanan anda dan naiki Dragon's Back semasa anda berada di Hong Kong. Kembara berjalan kaki ini akan membawa anda ke Big Wave Bay yang indah. Semasa perkembaraan anda, anda akan dapat melihat pemandangan panorama pantai bandar ini. Dragon's Back ini pasti akan membuat jantung anda mengepam tetapi jangan ragu untuk perlahankan aktiviti mendaki dan mengikut rentak anda sendiri.   9. Sejarah dan Budaya Kredit Gambar: Jason Cooper di Unsplash Bolehkah anda percaya bahawa penduduk-penduduk pertama di Hong Kong menetap pada akhir Zaman Batu? Itu hampir 9 abad yang lalu! Hari ini, Hong Kong dipenuhi dengan banyak harta karun yang unik, iaitu 'Big Buddha' setinggi 34 meter yang terletak di biara Po Lin, dan kuil-kuilnya yang moden seperti Kuil Wong Tai Sin yang berfungsi sebagai rumah ibadat bagi tiga agama - Taoisme, Buddhisme, dan Confucianisme. Cara Sampai Ke Sini! Naik Keretapi MTR dan turun di Stesen Tung Chung, Exit B. Anda akan menemui Citygate Outlet Mall tepat di luar stesen kereta api. Berjalan lebih jauh ke arah Terminal Kereta Kabel Ngong Ping dan naik kereta kabel 25 minit ke Ngong Ping 360. Sebagai alternatif, menaiki bas 23 dari Stesen Tung Chung selama 50 minit perjalanan ke Terminal Bas Ngong Ping. Tempat bersejarah lain yang patut disebutkan adalah Haw Par Mansions yang menggabungkan unsur-unsur Cina dan Barat dalam gaya seni bina, dan Gua Kamikaze yang dulu diduduki oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Berjalan ke Muzium Sejarah Hong Kong dan bayangkan bagaimana peneroka awal tiba di Hong Kong dengan kapal jong (junk). Gali lebih mendalam dan berlajar mengenai perkembangan dan pemodenan Hong Kong di bawah jajahan Inggeris. Jangan ketinggalan Kowloon City Walled Park semasa anda berada di Hong Kong dan saksikan bagaimana bandar ini pernah dikenali sebagai tempat paling padat penduduk di dunia ini. Bandar ini mempunyai 35,000 orang yang dimuatkan dalam bangunan apartment yang sungguh kecil. Namun, teruskan mendengar tentang kisah-kisah mereka yang menetap di sini. Keadaan hidup mereka mungkin kelihatan pelik tetapi penduduk-penduduk Kowloon gembira. 10. Berkata Ya Untuk Pasar Malam! Kredit Gambar: Gambar oleh Annie Spratt di Unsplash Terakhirnya, Hong Kong tidak akan segembira dan riang tanpa penduduk-penduduk mereka. Sama ada anda bangun pada pukul 5 pagi untuk menyaksikan penduduk tempatan berlatih Tai Chi atau berduduk di gerai makan pada waktu petang, anda boleh mengharapkan orang tempatan berbual mesra dengan anda, sama ada anda saling bertutur dalam bahasa yang sama atau tidak. Lebih-lebih lagi, jikalaupun anda tersesat, penduduk tempatan akan bersedia membantu anda mencari jalan. Pastikan anda bersedia dengan beberapa frasa Kantonis!   Petua! Inilah lembaran cheat frasa Kantonis anda: m.discoverhongkong.com/seasia/muslim-friendly/phrase-sheet.jsp Terdapat banyak lagi yang boleh diterokai di bandar Hong Kong. Hong Kong telah berkembang selama bertahun-tahun. Temui sudut-sudut dan celah-celah Hong Kong dan rasakan sisi Hong Kong yang berbeza. Artikel ini disampaikan kepada anda oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong. via GIPHY...

  • Hal-Hal Yang Kita Rindukan Dari Hong Kong

    Artikel ini aslinya ditulis oleh Nazirah Nurfatin dalam bahasa Inggris. Kamu bisa membaca artikel versi Inggris yang ditulisnya di sini. Hong Kong adalah kota metropolitan yang penuh antusian dengan banyak daya tarik dan bangunan-bangunan terkenal. Ada banyak tempat yang bisa kamu jelajahi dan nikmati di Hong Kong misalnya gedung bertingkat tinggi, warisan budaya, dan makanan adalah beberapa pilihan yang bisa kamu dapatkan di sini. Tapi, karena kondisi saat ini yang menyebabkan kita tidak bisa pergi ke sana, kita belum bisa menikmati keelokan yang ditawarkan kota ini. Sebagai wisatawan, terutama yang sudah pernah ke Hong Kong, ini adalah beberapa hal yang dirindukan dari kota tersebut! via GIPHY 1. Lingkungan Perumahan yang Asyik Image Credit: Merlin Shaw on Unsplash  Perumahan di Hong Kong memiliki pemandangan cantik yang bisa dipakai untuk tempat berfoto. Beberapa perumahan terkenal terkenal di kalangan selebriti, social influencer, dan turis. Choi Hung Estate adalah salah satunya. Di sana terdapat bangunan yang berwarna-warni dan lokasinya menarik para wisatawan dan fotografer. Katanya, berfoto di sana membuat kita merasa berada di pusat dunia. Perumahan terkenal lainnya adalah Lok Wah Estate dan Ping Shake Estate. Tempat-tempat tersebut pasti selalu dikunjungi para turis. Image Credit: Michael Rivera  on Unsplash Selain itu, kita akan merindukan gedung-gedung tinggi dengan banyak toko di bawahnya yang memenuhi kota Hong Kong. Gedung Yik Cheong dengan estetikanya di mana unit perumahan terletak berdekatan satu sama lain dan ada berbagai toko di bawahnya. Gedung ini menawarkan kesempatan langka bagi para wisatawan untuk menikmati bangunan disekelilingnya. Kita pasti merindukan warna-warni kawasan tersebut yang menambah keunikan dari Hong Kong. 2. Kuliner Lokal Image Credit: SJ Baren on Unsplash Sewaktu lagi mikirin Hong Kong, pasti terlintas makanan khasnya yang sangat terkenal! Dim sum rumahan, tart telur, nasi bebek panggang, veal goulash (mantap!) dan masih banyak lagi. Untuk mendapatkan rasa yang khas dan asli dari hidangan lokal ini, Hong Kong adalah kota yang paling cocok. Pastinya kita bisa makan hidangan ini di tempat lain, tapi cita rasa yang didapat akan berbeda. Rasa dari veal goulash halal yang selesai dimasak di Restoran Ma, macam macam menu dim sum yang bisa kita pilih di Islamic Centre Canteen atau telur tart dari toko roti Chrisly yang akan meleleh oas masuk ke dalam mulut (duh kangen banget!). Kita bakalan kangen dengan pengalaman mencari kuliner lokal di Hong Kong. Pasti kalian pernah gantri untuk beli dim sum atau tart telur yang terkenal, dengan aroma lezat yang tercium sampai ke luar toko. 3. Makanan Halal Berbintang Michelin Image Credit: bady qb on Unsplash Kita pasti kangen makan makanan halal dengan bintang Michelin. Sebagai kota kosmopolitan, Hong Kong punya banyak pilihan masakan dari seluruh dunia, termasuk makanan lokal sampai makanan Western. Ngomogin kualitas hidangan yang terbaik dan rasa yang enak dari makanan bersertifikat halal ini pasti bikin para wisatawan lapar dan pengen segera makan. Image Credit: Bombay Dreams on Facebook Bombay Dreams, sebuah restoran India yang dianugerahi Bintang Michelin menyajikan beberapa masakan terbaik yang menonjolkan cita rasa dari India Utara. Kita pasti kangen makan di restoran ini, menikmati suasana dan kebersamaan saat menyantap hidangan yang tersedia. Image Credit: Imperial Patisserie on Facebook Dan, buat pecinta cemilan manis, kita pasti akan rindu datang ke toko roti bersertifikat halal seperti Imperial Patisserie. Toko roti ini juga dianugerahi penghargaan Bintang Michelin menawarkan macam-macam hidangan manis seperti kue kering, kue basah, pastri yang bisa dipilih para pengunjung. Desain dari toko roti ini menggabungkan gaya modern dan tradisional agar para pelanggan dapat bernostalgia. Beli hidangan manis di toko roti ini buat hadiah untuk teman, keluarga, atau diri sendiri pasti sangat dirindukan. 4. Kereta Trem Hong Kong Image Credit: Ruel Del Jamorol on Unsplash Kereta trem di Hong Kong menjadi jenis transportasi paling populer di kalangan wisatawan. Hal ini disebabkan karena jalur kereta trem mennjangkau berbagai tempat wisata, sehingga memudahkan para wisatawan untuk melakukan tur keliling Hong Kong. Kereta trem juga menjadi pilihan alternatif yang terjangkau untuk berkeliling kota melihat pemandangan cantik dan bangunan ikonik di seluruh Hong Kong. Tak hanya itu, kereta ini juga mudah ditumpangi; penumpang dapat membeli Octopus Card di stasiun MTR manapun dan menggunakannya untuk membayar tarif kereta. Image Credit: Photo by Chromatograph on Unsplash Kereta trem memiliki sejarah yang panjang. Kereta ini adalah salah satu angkutan umum pertama di Hong Kong dan sudah bertahan sejak jaman pemerintahan Inggris. 5. Cuaca yang Sejuk Image Credit: John O'Nolan on Unsplash Salah satu hal yang dikangenin dari Hong Kong adalah cuacanya yang sejuk. Cuaca Hong Kong dari bulan Oktober sampai Desember dinilai paling ideal karena cerah dan sejuk. Wisatawan sangat direkomendasikan untuk berkunjung pada bulan-bulan itu. Jika kita ingat saat dulu bisa berkunjung ke taman hiburan seperti Hong Kong Disneyland dan foto-foto di Victoria Peak didukung cuaca yang bagus, kita pasti pengen balik ke Hong Kong untuk merasakan euforia itu lagi. 6. Keramahan Warga Hong Kong Image Credit: Big Dodzy on Unsplash Hong Kong terkenal sebagai tempat tujuan yang ramah untuk wisatawan. Sebagian besar dari penduduknya dapat berbahasa inggris dan mereka sering menawarkan bantuan kepada wisatawan mancanegara. Ada juga penduduk setempat yang selalu menawarkan bantuan di stasiun kereta. Mereka membantu wisatawan yang kesulitan dalam bertransportasi. Selain itu, rambu-rambu jalan juga ada dalam bahasa inggris, ini memudahkan para wisatawan untuk berkendara di jalan. Keramahan yang luar biasa dari penduduk setempat bakal bikin para wisatawan asing menikmati liburan yang aman dan nyaman tentunya akan sangat dirindukan. 7. Budaya dan Warisan Lokal Image Credit: Hong Kong Museum of History Apa kalian ga rindu belajar tentang budaya dan warisan setempat di Hong Kong? Saya merindukannya! Hong Kong menawarkan banyak bangunan ikonik dan bersejarah, serta museum yang menjelaskan tentang sejarah dan kekayaan budayanya. Museum Sejarah Hong Kong menampilkan berbagai pameran dan artefak yang tersebar di 8 galeri. Budaya dan warisan lokal dapat dipelajari di sini karena museum ini menyoroti perkembangan Hong Kong dan menunjukkan peristiwa serta tokoh penting yang berperan dalam perkembangan kota ini. Di sana juga terdapat warisan peninggalan budaya Cina dan Kolonial yang bisa dikunjungi untuk mengetahui lebih banyak sejarah dan budaya Hong Kong. Kita pasti akan kangen masuk ke museum satu ke museum lainnya dan warisan budaya yang terkenal di Hong Kong.   Itulah 7 hal tentang Hong Kong yang akan sangat kita rindukan. Walaupun sekarang ini kita tidak bisa pergi kemana-mana karena situasi yang tidak memungkinkan, semoga kamu tidak akan melupakan kenangan indah saat menghabiskan waktu di Hong Kong, ya! Mudah-mudahan, setelah situasi ini mulai membaik, kita dapat mengingat kembali kenangan indah di kota ini dan bahkan membuat memori baru dengan mengunjungi tempat lainnya. Artikel ini dipersembahkan oleh Hong Kong Tourism Board. via GIPHY...

  • 11 Masakan Tempatan Sepanyol Yang Mesti Dicuba Apabila Anda Melawat Ke Sini!

    Sebagai gerbang di antara Eropah dan Afrika dan juga Laut Mediteranean dan Lautan Atlantik, Sepanyol telah menjadi rebutan banyak kuasa besar seperti orang Rom dan Yunani, selain orang Islam dari Afrika dan Tanah Arab. Makanan Sepanyol mendapat pengaruh besar daripada sejarah berbilang budayanya dengan orang Yunani dan Rom yang memperkenalkan buah zaitun dan minyak zaitun dan dengan itu memulakan vitikultur di Sepanyol; orang Visigoth dan Celt memperkenalkan orang Sepanyol kepada bru, sementara orang Moor dan Berber yang datang melalui Selat Gibraltar ketika penaklukan Islam membawa bersama mereka beras, betari, safron, terung, oren, pic, almond dan lemon, menghasilkan hidangan Andalusia. Sepanyol adalah salah satu kuasa besar dalam penerokaan dan kolonisasi Amerika. Dengan itu, diperkenalkan bahan-bahan seperti tomato, kentang dan paprika dalam masakan Sepanyol. Sepanyol adalah di mana coklat yang kita kenal kini dicipta; dimana gula mula-mula ditambah kepada coklat untuk mengurangkan kepahitan semulajadinya di Sepanyol! Penerokaan dan sifat ingin tahu pada masa lepas telah membawa kepada makanan Sepanyol yang kita suka dan kenal hari ini, berikut adalah 11 hidangan makanan Sepanyol yang anda mesti cuba! 1.Paella Paella, mungkin adalah makanan Sepanyol yang paling dikenali! Ia adalah makanan yang serba boleh dan seimbang yang tentunya akan membuat anda mahu menambah lagi! Pada abad ke-10, orang Moor di Sepanyol Islam memperkenalkan penanaman padi yang memberi kesan besar kepada makanan Sepanyol. Makanan Valencia menggabungkan nasi ke dalam masakan harian mereka, membuat kaserol nasi dengan arnab dan rempah ratus untuk keraian keluarga dan perayaan keagamaan. Dengan itu, menjelang abad ke-15, nasi telah menjadi bahan utama dalam masakan Valencia! Paella boleh disediakan dengan pelbagai bahan berbeza tetapi unsur utama tentulah nasi. Mereka biasanya menggunakan jenis Bomba dan Calasparra yang ditanam sepanjang pantai timur Sepanyol, dan digunakan disebabkan keistimewaan mereka menyerap segala perisa daripada hidangan-hidangan lain. Paella disediakan secara tradisional bersama arnab atau ayam, safron, kacang merayap dan kacang serinding, namun begitu, terdapat juga jenis makanan laut. Ini boleh disediakan dengan kerang-kerangan seperti kupang, udang, dan juga sotong. Jenis paella paling popular adalah paella campur yang menggabungkan daging-daging darat dan juga makanan laut. Arroceria Marina Ventura mendakwa mereka menghidangkan paella dan masakan nasi yang terbaik, jadi lawati mereka jika anda berada di Madrid! Alamat: Calle Ventura de la Vega, 13 Madrid, 28014, SpainMasa Dibuka: 1.15PM ke 12AM (Setiap Hari)Nombor Telefon: (+34) 914 29 38 10Laman Sesawang: arroceriaventura.com 2. Gazpacho Ini adalah makanan Sepanyol klasik yang terkenal di seluruh dunia! Hidangan Andalusia purba ini berasal daripada orang Rom yang membawanya bersama ketika ke Sepanyol. Pada masa itu, ia hanyalah sup mengandungi roti, minyak zaitun, bawang putih dan cuka. Hanya pada abad ke-19 ia mendapat warna merah yang terkenal apabila tomato diperkenalkan kepada resipi ini mengubahnya kepada hidangan musim panas sejuk yang disukai ramai hari ini! Gazpacho moden dibuat menggunakan cili kembung, bawang dan timun; ia juga menggantikan tomato dan roti dengan avokado, tembikai, anggur, stok daging malah makanan laut! Jika anda berjalan-jalan pada hari musim panas membahang di Sepanyol, cari gazpacho kerana ia dihidangkan sejuk! Memandangkan ia mengandungi banyak sayur-sayuran dan roti, ia adalah Halal, jadi anda tidak perlu risau mencubanya. Anda boleh pesan hidangan ini di El Torreón Restaurante. Alamat: Playa Butibamba, La Cala de Mijas, 29649 Mijas Costa, SpainMasa Dibuka: 10AM ke 12AM (Setiap Hari)Nombor Telefon: (+34) 913 76 07 77Laman Sesawang: www.restaurantetorreonlacala.com 3. Tortilla Española Juga dikenali sebagai tortilla de patatas atau tortilla de papas, ia dikenali sebagai telur dadar Sepanyol dalam Bahasa Melayu. Rujukan pertama tentang tortilla ditemui tertulis dalam dokumen Navarra tidak bernama dialamatkan ke mahkamah pada 1817, yang menerangkan kesusahan hidup dialami orang tempatan. Ia mengatakan wanita telah mempelajari menyediakan tortilla dengan mencampurkan beberapa telur, kentang dan beberapa bahan lain. Namun begitu, legenda di sebalik tortilla adalah seorang jeneral Carlism membuat satu hidangan dipanggil 'tortilla de patatas', sejenis hidangan yang mudah dan berkhasiat untuk mengatasi kekurangan dalam tentera Carlism. Satu lagi legenda adalah jeneral ini mendapat idea daripada seorang isteri petani. Ia adalah makanan ringkas mengandungi telur, kentang dan kadang-kadang bawang; namun begitu, penambahan bawang dianggap satu kontroversi oleh penggemar makanan ekstrim. Makanan ini dihidangkan sejuk atau suam. Anda boleh menemui tortilla de patatas terbaik di Casa Dani untuk nilai hebat dan rasa Sepanyol asli! Mereka merupakan sebuah cafeteria kecil yang tersembunyi di dalam Mercado de la Paz. Alamat: Calle de Ayala, 28, 28001 Madrid, SpainMasa Dibuka: 7AM ke 7PM (Isnin-Sabtu)                         Ditutup hari AhadNombor Telefon: (+34) 915 75 59 25 4. Turrón Turrón telah wujud sejak abad ke-15 dan dimakan di seluruh Sepanyol sekarang. Gula-gula ini mempunyai akar Islam; gula-gula moden ini mungkin datang daripada resipi Islam yang dibuat di kawasan-kawasan Islam dalam negara ini dan dikenali sebagai turun. Manisan serupa telah dijual pada era Rom Lama dikenali sebagai cupeto atau cupedia. Turrón dibuat dengan almond, susu, putih telur, gula dan madu; ia adalah sejenis nougat dan kerap dimakan ketika Krismas. Ia boleh ditemui dalam dua jenis, keras dan lembut; turrón keras disediakan dengan sebiji almond, sementara turrón lembut disediakan menggunakan pes almond dan minyak. Anda boleh menemui turrón hampir di mana-mana sahaja di Sepanyol tetapi; lawatan ke TORRONS VICENS PETRITXOL adalah wajib.Alamat: Carrer de Petritxol, 15, 08002 Barcelona, SpainMasa Dibuka: 10AM ke 8.30PM (Isnin-Sabtu)                        11AM ke 8PM (Ahad)Nombor Telefon: (+34) 933 04 37 36Laman Sesawang: www.vicens.com 5. Gambas al ailljo Ini bermaksud udang dalam sos bawang putih, tidakkah ia bunyi macam sedap?! Asal sebenar makanan ini tidak diketahui, tetapi ia adalah penting bagi Tapas. Tapas penting dalam masakan Sepanyol, ia dikatakan berasal dari abad ke-13 ketika Raja Castille Raja Alfonso Kelima menderita penyakit yang memerlukan baginda memakan jumlah makanan yang kecil disertakan dengan wain. Apabila baginda sembuh, baginda membuat undang-undang dimana  wain harus dihidangkan bersama tapas. Tavern di seluruh Sepanyol mula menghidangkan bekas wain bersama sekeping roti dengan keju atau jem. Tapa adalah perkataan Sepanyol untuk penutup, dan dengan itu Tapas terlahir! Tapas biasanya dihidangkan di bar, namun begitu, ia perlu dicuba – ambil perhatian yang mereka menjual alkohol di restoran dan bar. Ini adalah sebuah hidangan mudah yang disediakan dengan bahan-bahan ringkas tetapi amat lazat! La Casa Del Abuelo adalah tempat yang amat disarankan untuk mencuba gambas al ailljo. Restoran ini malah dipaparkan dalam laman sesawang Lonely Planet. Ia merupakan restoran lama yang telah beroperasi selama lebih daripada seratus tahun jadi anda pasti mendapat makanan berkualiti terbaik yang disediakan dengan penuh perhatian. Alamat: Calle de la Victoria, 12, 28012 Madrid, SpainMasa Dibuka: 12PM ke 12AM (Ahad-Khamis)                          12PM ke 1AM (Jumat & Sabtu)Nombor Telefon: (+34) 910 00 01 33Laman Sesawang: lacasadelabuelo.es 6. Pulpo al la gallega Ini adalah masakan sotong Galicia tradisional juga dikenali sebagai polbo á feira atau pulpo estilo feira. Hidangan ini telah disediakan dengan cara yang sama untuk berkurun-kurun lamanya. Puplo al la gallega pertama sekali dibawa lebih kurang 125 tahun lepas apabila gembala baghal mula-mula menghantar sotong ke pasar lembu ternak kawasan pedalaman di mana ia disediakan dengan minyak zaitun dan paprika. Sotong ini disediakan dalam belanga tembaga dan ini menambah rasa kepada masakan ini. Sotong adalah sebahagian besar masakan laut Sepanyol, dan orang Sepanyol tahu bagaimana menyediakan masakan sotong yang enak, jadi jangan lupa mencubanya apabila sampai ke Sepanyol! Rasai pulpo a la gallega Galecia asli di Rias de Gallecia. Alamat: Carrer de Lleida, 7, 08004 Barcelona, SpainMasa Dibuka: 1PM ke 4PM | 8PM ke 11.30PM (Isnin-Ahad)Nombor Telefon: (+34) 934 24 81 52Laman Sesawang: riasdegalicia.com 7. Pisto Juga dikenali sebagai pisto manchego, ia adalah masakan asli di Murcia dan Castilla La Mancha. Ia disediakan dengan tomato, bawang, terung atau courgette, lada kembung hijau atau merah, dan minyak zaitun. Ia juga dikenali sebagai ratatouille versi Sepanyol dan dihidangkan sebagai pembuka selera atau dipasangkan dengan masakan lain. Pisto biasanya dihidangkan dengan telur goreng dan sekeping roti; ini juga boleh dijadikan hidangan vegan yang hebat. Pisto juga boleh digunakan sebagai inti untuk empanada dan tortilla. Cuba pisto asli di Taberna Maspina di Calle de Cádiz! Alamat: Calle de Cádiz, 9, 28012 Madrid, SpainMasa Dibuka: 10AM ke 2AM (Ahad-Khamis)                            10AM ke 2.30AM (Jumaat & Sabtu)Nombor Telefon: (+34) 915 23 40 24 Facebook 8. Crema Catalana Crème brûlée versi Sepanyol yang disukai ramai ini adalah sebahagian daripada masakan Catalan. Banyak orang mendakwa mencipta pencuci mulut manis ini dan orang Catalonia mendakwa mereka yang menciptanya mula-mula. Catalonia berada di sudut timur laut Sepanyol, berhampiran dengan sempadan Perancis. Resipi untuk crema Catalana boleh ditemui dalam buku-buku masak ditulis pada abad ke-14 dan ke-16. Ia dijelaskan sebagai krim kastard dengan permukaan atas yang terbakar; permukaan gula dibakar menggunakan batang logam panas untuk memberikannya kerak terbakarnya yang dikenali. Crema Catalana juga disebut sebagai Crema de San José (krim Saint Joseph) yang juga dianggap sebagai hari bapa Sepanyol, dan hanya akan dihidangkan pada hari itu. Namun begitu, pada zaman moden anda boleh mendapatkan pencuci mulut ini di mana-mana dan pada bila-bila sahaja. Untuk mencuba sedikit kelainan pada crema Catalana, lawati patisserie escriba! Alamat: Gran Via de Les Corts Catalanes, 546, 08011 Barcelona, SpainMasa Dibuka: 8.30AM ke 9PM (Isnin-Jumaat)                           8AM ke 9PM (Sabtu-Ahad)Nombor Telefon: +34 934 54 75 35Laman Sesawang: www.escriba.es 9. Empanada Masakan Galicia klasik, anda tidak akan menyesal dengan empanada! Empanada wujud sejak 1520 dan tidak seperti empanada Latin yang disediakan sebagai beberapa pai tangan kecil, empanada Galicia disediakan sebagai satu pai besar yang boleh mempunyai bentuk empat segi atau bulat dan kemudian dipotong kepada bahagian-bahagian lebih kecil. Empanada terkenal di kalangan petani, yang akan membawanya bersama ke ladang untuk dimakan ketika bekerja. Empanada adalah roti yang beryis, dengan kerak pai yang ber doh dipenuhi dengan bawang ditumis, lada kembung, bawang putih dan sejenis protein. Protein yang biasa digunakan adalah tuna atau bonito, ayam atau sotong. Tempat yang tepat untuk mencuba empanada adalah tempat yang khusus membuatnya! Cubalah empanada di El Club de L' Empanada. Alamat: Carrer de la Dagueria, 7, 08002 Barcelona, SpainMasa Dibuka: 9AM ke 5PM | 7PM ke 11PM (Isnin-Sabtu)Nombor Telefon: +34 933 10 76 47Laman Sesawang: clubdelaempanada.com 10. Berenjenas con Miel Makanan yang ringkas tetapi sedap, jangan terlepas untuk mencuba! Satu lagi contoh bagaimana orang Moor mempengaruhi masakan Sepanyol, berenjenas con miel telah diperkenalkan ketika pendudukan mereka selama 700 tahun di Semenanjung Iberia. Masakan ini menggabungkan kedua-dua rasa manis dan masin dan ditambahkan tekstur lembut terung, ia tentunya digemari! Berenjenas con Miel hanyalah terung/aubergine goreng yang dihidangkan dengan madu, makanan ringkas ini adalah pembuka selera yang hebat. Cubalah masakan ini di Taberna Las Meigas Alamat: Calle Emancipación, 11, 29640 Fuengirola, Málaga, SpainMasa Dibuka:  12PM ke 5PM | 8PM ke 12AM​ (Isnin-Ahad)Nombor Telefon: +34 951 77 65 99 Facebook 11. Churros Kita akhiri dengan sesuatu yang manis. Di mana lagi mahu mencuba makanan yang disukai seluruh dunia ini selain negara asalnya? Makanan manis ini mempunyai sejarah yang eksotik. Sesetengah orang berpendapat ia diperkenalkan oleh orang Portugis yang berlayar ke Timur dan membawa churros bersama mereka, dan resipi ini meloncat sempadan ke Sepanyol di mana ia diubahsuai sehingga dohnya meleler keluar melalui acuan berbentuk bintang dan tidak ditarik yang merupakan teknik Cina asal. Satu lagi teori mengatakan ia pertama kali dibuat oleh penggembala Sepanyol yang hidup di pergunungan sebagai pengganti makanan bakar kerana ia adalah doh yang ringan dan lebih mudah disediakan. Di zaman ini, churros boleh ditemui di seluruh Sepanyol; di restoran-restoran ia dihidangkan sebagai sarapan, di penjaja-penjaja jalanan sebagai snek untuk dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari, termasuk di churrería khusus. Ia boleh dihidangkan dalam pelbagai cara; ia boleh dihidangkan dengan gula kayu manis, coklat, dulce de leche dan juga café con leche – sejenis kopi Sepanyol. Rasai churros terbaik di salah satu Chocolatier tertua di Sepanyol, Chocolatería San Ginés. Alamat: Pasadizo de San Ginés, 5, 28013 Madrid, SpainMasa Dibuka: ​24/7 (Isnin-Ahad)Nombor Telefon: +34 913 65 65 46Laman Sesawang: chocolateriasangines.com Mencari makanan Halal di Sepanyol bukanlah sukar kerana kebanyakan makanan mereka adalah mesra-muslim memandangkan ia menggunakan banyak makanan laut dan sayur-sayuran, selain pengaruh Islam yang besar dalam masakan mereka. Satu lagi sebab mengapa mencari makanan Halal di Sepanyol mudah kerana Aplikasi Halal Trip: Makanan, Restoran, Pelancongan & Solat atau anda boleh sahaja lungsuri Google Search. Jadi mula berkemas dan mari bertolak ke Sepanyol yang cantik untuk menikmati makanan mereka yang terliur! Panduan Pengangkutan: Cara Mengembara Di Sekitar Sepanyol Menaiki Pengangkutan Udara, Keretapi dan Darat 11 Tempat-tempat Islam Bersejarah Mesti Dilawati Di Sepanyol...

  • Panduan Pengangkutan: Cara Mengembara Di Sekitar Sepanyol Menaiki Pengangkutan Udara, Keretapi dan Darat

    Jika anda merupakan pengembara baru dan tidak pasti untuk menjelajah di sekitar Negara ini, jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan pengangkutan yang boleh anda gunakan untuk pergi dari satu bandar ke bandar yang lain. Sebelum saya kongsi lebih lanjut tentang kemudahan dan ketersediaan pengangkutan yang terdapat di Sepanyol, berikut adalah senarai syarikat penerbangan yang boleh anda gunakan untuk terbang ke Sepanyol: Air France British Airlines Cathay Pacific Emirates Airlines Etihad Airways Lufthansa Qatar Airways Singapore Airlines Turkish Airlines Sekarang mari kita menilai jenis-jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk menjelajah seluruh Sepanyol. Melalui Udara Sepanyol adalah sebuah negara yang luas dan salah satu cara yang paling cepat dan paling mudah untuk menjelajah seluruh Sepanyol adalah dengan pengangkutan udara. Terdapat beberapa lapangan terbang di setiap rantau dan kebanyakannya menyediakan penerbangan antarabangsa dan domestik. Iberia Airlines adalah syarikat penerbangan utama Sepanyol yang menawarkan kedua-dua jenis penerbangan. Sepanyol juga menawarkan beberapa syarikat penerbangan domestik yang merupakan pilihan yang lebih tepat bagi mereka yang tidak gemarkan pengangkutan untuk jarak jauh: Iberia Air Europa EasyJet Vueling Ryanair Berikut adalah senarai nombor penting jika anda memerlukan sebarang bantuan: ·        Lapangan Terbang Madrid Barajas Laman Web: www.aena.es Nombor Telefon: +34 91 321 1000 ·        Lapangan Terbang Barcelona Laman Web: www.aena.es Nombor Telefon: + 34 90 240 4704 ·        Lapangan Terbang Malaga Laman Web: www.aena.es   Nombor Telefon: + 34 90 240 4704 ·        Lapangan Terbang Iberia Laman Web: www.iberia.com Nombor Telefon: + 34 902 40 05 00 ·        Spanair Laman Web: www.spanair.in Nombor Telefon: + 34 902 13 14 15 ·        Air Europa Laman Web: www.aireuropa.es Nombor Telefon: + 34 902 401 501 ·        Vueling Laman Web: www.vueling.com Nombor Telefon: + 34 807 200 100   Menaiki Keretapi Kredit Gambar: Renfe Facebook Trek Rangkaian keretapi Sepanyol secara keseluruhannya sejumlah anggaran 15,000 km panjang yang menyediakan jalan untuk beberapa pengangkutan kereta api, dengan kata lain menyediakan alternatif bagi pelancong yang ingin pergi mengembara menaiki pengangkutan yang cepat dan mudah. AVE adalah keretapi bullet terpantas di Sepanyol dan meliputi kawasan yang luas di negara ini serta menghubungkan pelbagai wilayah di sekitarnya. Fakta menarik: Ia boleh mencapai kelajuan lebih dari 300kph! Untuk jadual waktu perjalanan, stesen pertukaran dan pembelian tiket, anda boleh melayari www.renfe.com dan www.spanish-web.com untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai perjalanan keretapi di Sepanyol. Pengangkutan Darat Sepanyol mempunyai grid jalan yang luas termasuk lebuh raya yang terkini (jalan raya tol, jalan raya dan kereta api dua hala) yang baru-baru ini dibina atau diubahsuai baru-baru ini yang menjadikannya lebih cekap untuk memandu dengan selamat dan selesa. Terdapat banyak syarikat sewa kereta yang menawarkan perkhidmatan menyewa kereta di Sepanyol. Mereka boleh ditempah awal secara talian atau sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang, stesen bas ataupun stesen keretapi. Syarikat-Syarikat Kereta Sewa Hertz Avis Europcar Pepe Car Perkhidmatan pemandu pelancong awam Sepanyol adalah cekap dan membolehkan anda menjelajah dengan mudah, dengan adanya pelbagai laluan yang berbeza serta perjalanan jarak jauh yang agak banyak. Syarikat-syarikat pemandu pelancong juga menyediakan perjalanan jarak dekat, pakej bersiar-siar serta laluan khusus yang menawarkan pilihan destinasi perhentian di pelbagai mercu tanda yang berbeza, seterusnya membolehkan anda melaras jadual perjalanan anda mengikut kesesuaian pelan perjalanan anda. Kredit Gambar: Busbud Tempoh dan jarak perjalanan dengan menaiki bas: Barcelona-Bilbao (620km): 6 jam Barcelona-Zaragoza (311km): 3 jam Barcelona-Seville (1015km): 11 jam Madrid-Santiago (600km): 6 jam Madrid-Granada (428km): 5 jam Bilbao-Santiago (679km): 7 jam Seville-Malaga: (220km): 3 jam Untuk memudahkan proses tempahan anda di mana anda boleh memeriksa perkhidmatan bas yang melalui laluan yang anda inginkan, anda boleh melawat lelaman Movelia. 11 Tapak Sejarah Islam Yang Wajib Dilawati Di Sepanyol...



Score from 0 user
  • profile-image
    Epet

    Very Populor for those who love Sumatra foods