Melaksanakan solat ketika di dalam kapal terbang tidaklah mudah kerana kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan kemudahan sedemikian. Tips berikut akan membantu anda melaksanakan solat sebaik mungkin:
1. Pastikan anda memahami semua peraturan dan pengecualian berkaitan dengan wudhu dan solat sebagai seorang musafir. Anda boleh mendapati senarai perkara-perkara yang perlu dipastika di sini. www.halaltrip.com/other/blog/121-tips-to-safeguard-your-salaat-while-traveling.
2. Memandangkan ia tidak mudah untuk melakukan wudhu dan solat di dalam kapal terbang, jika ada pilihan, ia lebih baik untuk memilih waktu penerbangan yang membolehkan anda untuk melaksanakan solat sebelum berlepas atau selepas tiba.
3. Jika anda dalam penerbangan yang panjang yang perlu bertransit di sebuah Lapangan Terbang, ia lebih baik untuk memilih untuk bertransit melalui Lapangan Terbang yang mempunyai kemudahan solat dan wudhu yang selesa serta makanan Halal, jika anda ada pilihan. Anda boleh mendapati gambaran ringkas mengenai kemudahan Lapangan Terbang di panduan Lapangan Terbang. www.halaltrip.com/airport-near-me/.
4. Selepas mempertimbangkan semua perkara di atas, jika waktu penerbangan anda memerlukan anda untuk melaksanakan solat di dalam kapal terbang, maka ia bergantung kepada pengurusan empat elemen utama untuk solat yang cekap; waktu, wudhu, arah dan ruang.
5. Waktu: Pertama sekali adalah untuk mengetahui waktu solat yang betul untuk penerbangan menggunakan kalkulator Waktu Solat Dalam Penerbangan atau dengan menggunakan aplikasi muda alih HalalTrip.
6. Wudhu: Mengambil wudhu di dalam kapal terbang juga tidak mudah. Oleh kerana itu ia lebih baik untuk mengambil wudhu sebelum menaiki pesawat. Terutamanya jika waktu solat seterusnya akan tiba tidak lama selepas bertolak. Jika anda terpaksa untuk mengambil wudhu di dalam pesawat, ia sangat penting untuk pastikan bahawa penjagaan yang sewajarnya diambil supaya penumpang-penumpang dan kakitangan lain tidak diganggu. Ketahui dan fahamilah peraturan "masah" (mengusap atas stokin) akan membantu meringankan pelaksanaan wudhu semasa dalam perjalanan.
7. Ruang; Jika anda terbang kelas pertama (first class) atau kelas perniagaan (business class), mencari tempat untuk membentang sejadah dan solat selalunya tidak mendatangkan isu. Walau bagaimanapun, untuk kelas ekonomi (economy class), disebabkan oleh batasan ruang, ia lebih mencabar. Dalam kes sebegini, ia lebih baik untuk mendekati kakitangan dalam pesawat untuk menanya jika mereka boleh menyediaan sedikit ruang untuk solat. Rujuklah kepada ulama anda untuk mengetahui hukum yang tepat mengenai melaksanakan solat semasa berduduk di dalam pesawat.
8. Arah Qibla: Jika anda dapat menjumpa ruang untuk solat, maka anda boleh mencari arah Qibla dengan menggunakan aplikasi mudah alih HalalTrip. Jika anda solat berduduk, anda tidak akan selalu boleh menghadap ke arah Qibla. Rujuklah kepada ulama untuk mengetahui hukum yang terpat mengenai menghadap Qibla dalam situasi sebegini.
Anda boleh memberitahu kami lapangan terbang yang anda ingin kami tambahkan melalui e-mel ([email protected]), Twitter (@crescentrating), Facebook, dan sebagainya. Insha Allah kami akan menambah lapangan terbang tersebut secepat mungkin.
Ya. Sila rujuk kepada jawapan untuk soalan #4.
Untuk mengira waktu solat bagi sesuatu lokasi, kalkulator ini hanya menggunakan "Kaedah Pengiraan" yang mantap (dinyatakan dalam senarai drop-down kalkulator). Terdapat 7 kaedah yang disetujui oleh para ulama. Kaedah pengiraan ini juga mengambil kira penyesuaian masa yang diperlukan untuk ketinggian yang tinggi. Kalkulator Waktu Solat Penerbangan HalalTrip/CrescentRating, hanya menggunakan kaedah-kaedah ini, berdasarkan pilihan pengguna, untuk menentukan waktu solat sepanjang laluan penerbangan. Ia tidak menggunakan sebarang kaedah pengiraan solat yang baru.
Buat masa ini, kami tidak dapat mengira beberapa waktu sholat semasa musim panas (sekitar 15 Jun hingga 15 Ogos) untuk penerbangan langsung antara beberapa bahagian Asia dan Amerika Utara. Laluan penerbangan ini selalunya terbang melalui ketinggian/latitud yang lebih tinggi dan ada beberapa penerbangan yang tidak akan berjumpa dengan matahari terbenam sepanjang jalan.