Perkara Yang Kami Rindu Di Hong Kong

By Nurul Shamin | 14, Jul, 2020
Perkara Yang Kami Rindu Di Hong Kong

Artikel ini aslinya ditulis oleh Nazirah Nurfatin dalam bahasa Inggris. Kamu boleh membaca artikel dalam bahasa Inggris yang ditulisnya di sini.

Hong Kong sememangnya ialah sebuah bandar yang penuh warna-warni, dengan adanya mercu tanda yang ikonik dan daya tarikan yang pelbagai. Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati dan dihargai di sini. Hong Kong mempunyai banyak daya tarikan seperti bangunan-banungan tinggi, warisan tempatan dan makanan merupakan beberapa contoh daya tarikan yang menyinari Hong Kong. Namun, dengan keadaan semasa yang mana terdapat sekatan pelancongan, kita tidak dapat menikmati kesemua ini. Sebagai pelancong, lebih-lebih lagi mereka yang pernah ke Hong Kong walaupun hanya sekali, berikut ialah perkara-perkara yang mestinya amat dirindukan di Hong Kong!

 

1. Kawasan Kejiranan yang Warna-warni

vibrant housing, choi hung estate

Kredit Gambar: Merlin Shaw di Unsplash  

Hong Kong mempunyai kawasan kejiranan yang unik, dengan adanya beberapa kawasan kejiranan yang popular di kalangan selebriti, pemengaruh media sosial dan pelancong untuk bergambar di sana. Estet Choi Hung ialah salah satu kawasan yang terkenal, dengan warna-warna yang hidup dan lokasinya sendiri sudah menjadi satu daya tarikan pelancong dan juru gambar. Dikatakan, anda akan berasa seperti anda berada di tengah-tengah dunia apabila anda bergambar di sana. Kawasan lain yang terkenal merangkumi Estet Lok Wah dan Estet Ping Shek. Tempat-tempat tersebut memang tempat-tempat hangat di kalangan pelancong. 

yik cheong building

Kredit Gambar: Michael Rivera di Unsplash

Selain itu, kami juga akan merindukan bangunan-bangunan tinggi yang mempunyai kedai di bawahnya yang memenuhi kejiranan Hong Kong. Bangunan Yik Cheong menawarkan kemudahan seperti itu yang mana unit-unit rumah berada berdekatan dengan satu sama lain dan pelbagai kedai berada di bawah unit-unit tersebut. Ini memberikan peluang yang unik kepada para pelancong untuk menikmati seni bina kejiranan sana. Pastinya, kami merindukan keceriaan kawasan-kawasan kejiranan Hong Kong yang meningkatkan keunikan Hong Kong. 

 

2. Makanan tempatandimsum hong kong style

Kredit Gambar: SJ Baren on Unsplash

Cakap sahaja tentang Hong Kong, anda pasti akan fikirkan tentang makanan tempatan popular mereka! Dim Sum buatan sendiri, tart telur, nasi itik panggang, daging lembu masak gulai (sedapnya!) dan banyak lagi. Untuk mendapatkan rasa dan pengalaman yang autentik makanan-makanan ini, Hong Kong sememangnya tempat paling sesuai. Memang anda boleh dapatkan makanan-makanan Hong Kong di merata tempat tetapi rasa yang autentik sudah pastinya di Hong Kong dan sangat dirindukan. Keenakan dan pilihan yang banyak Dim Sum Halal dari menu di Islamic Centre Canteen atau tart telur dari Chrisly Bakery yang rapuh di dalam mulut (oh, betapa kami dambakannya!). 

Kami juga akan rindukan pengalaman yang diraih sewaktu mendapatkan beberapa makanan tempatan Hong Kong. Saya pasti sesetengah daripada anda juga telah mengalami pengalaman beratur untuk mendapatkan dim sum atau tart telur yang terkenal, sambil mengambil bau di luar kedai-kedai itu. 

 

3. Makanan-makanan Halal yang telah mendapat Bintang Michelinview of hong kong

Kredit Gambar: bady qb di Unsplash

Kami akan rindu makan makanan Halal yang telah meraih Bintang Michelin. Sebagai bandar kosmopolitan, Hong Kong menawarkan pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia, termasuk makanan tempatan yang digabungkan dengan makanan Barat. Apabila terfikirkan tentang kualiti mantap dan rasa sedap antara makanan-makanan terbaik Halal di Hong Kong, membuatkan mulut kami terliur dan kami teringin sangat untuk makan makanan-makanan itu sekarang.

makanan halal berbintang michelin bombay dreams

Kredit Gambar: Bombay Dreams di Facebook

Bombay Dreams, sebuah restoran makanan India, yang telah menerima Bintang Michelin, mempunyai dedikasi untuk menghidangkan antara makanan terbaik dari India Utara. Kami akan rindu makan di restoran ini, sambil menikmati suasana yang indah bersama teman-teman yang makan di situ bersama-sama kami. 

imperial patisserie

Kredit Gambar: Imperial Patisserie di Facebook

Tambahan pula, untuk orang-orang yang suka akan manisan seperti kami, kami akan rindu ke kedai roti yang baru mendapat sijil Halal iaitu kedai roti Imperial Patisserie. Kedai ini, yang juga telah dianugerahkan Bintang Michelin, menawarkan pelbagai manisan seperti biskut, kek, pastri. Reka bentuk kedai ini menggabungkan kedua-dua gaya moden dan tradisional yang memberikan aura nostalgik kepada para pembeli. Kami pasti akan rindu mendapatkan manisan-manisan dari kedai roti ini sebagai buah tangan untuk kawan-kawan dan ahli keluarga atau untuk diri sendiri. 

 

4. Trem di Hong Kongtrams in hong kong

Kredit Gambar: Ruel Del Jamorol di Unsplash

Trem-trem di Hong Kong, yang juga dikenali sebagai tramways, merupakan mod pengangkutan popular di kalangan pelancong. Ini disebabkan tramways melintasi laluan pelbagai kawasan tarikan pelancong jadi membuatkannya senang untuk para pelancong jalan-jalan di Hong Kong. Tramways juga menawarkan alternatif yang lebih berpatutan untuk pelancong mengelilingi bandar ini, dengan melihat pemandangan-pemandangan indah dan bangunan-bangunan ikonik di seluruh Hong Kong. Bukan itu sahaja, ia juga mudah dilanggani; para penumpang boleh membeli Kad Octopus dengan senang di mana-mana stesen MTR dan gunakan kad tersebut untuk membayar yuran trem. 

tram hong kong hitam putih

Kredit Gambar: Chromatograph di Unsplash

Tramways sudah menapak sekian lama dalam sejarah Hong Kong, sebagai salah satu pengangkutan awam terawal di Hong Kong, yang telah bertahan dari waktu jajahan Inggeris sehingga sekarang. Melihat trem ini di jalan raya atau menaiki trem dapat membawa anda ke zaman dahulu dan memberikan memori indah. Pengalaman menaiki trem akan kami rindu kerana ia mengingatkan kami tentang keindahan dan keunikan Hong Kong melalui mercu tanda yang ikonik dan bangunan-bangunan yang kami lihat sewaktu menaiki trem. 

 

5. Udara Dingin di Hong Konghong kong's breeze

Kredit Gambar: John O'Nolan di Unsplash

Antara perkara yang kami akan rindu di Hong Kong ialah udara dinginnya. Cuaca Hong Kong dari Oktober hingga Disember dianggap sebagai masa terbaik kerana cuacanya dingin tetapi terang. Para pelancong sangat digalakkan untuk ke Hong Kong pada musim ini. 

Mengimbas kembali kenangan kami sewaktu dapat melawat taman bertema seperti Hong Kong Disneyland dan memetik gambar-gambar yang cantik di Puncak Victoria dalam cuaca yang dingin itu, kami teringin sangat untuk kembali ke Hong Kong untuk mengalami pengalaman ini sekali lagi.  

 

6. Keramahan di Hong Kong

hospitality in hong kong

Kredit Gambar: Big Dodzy di Unsplash

Hong Kong dikenali sebagai destinasi popular yang ramah-pelancong (tourist-friendly). Kebanyakan orang-orang Hong Kong boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mereka kerap memberi bantuan kepada pendatang dari luar negeri. Terdapat juga orang-orang tempatan di stesen-stesen keretapi yang tidak jemu memberikan bantuan kepada para pelancong yang mengalami kesukaran untuk ke merata tempat dalam bandar ini.  

Selain itu, jalan raya dan tanda di jalanan ada juga dalam Bahasa Inggeris, membuatkan para pelancong lebih mudah mencari jalan di bandar ini. Kami akan rindu keramahan yang sangat baik daripada orang-orang tempatan di Hong Kong demi memastikan para pelancong dapat melancong dengan selesa dan selamat. 

 

7. Budaya dan Warisan Tempatan

Adakah anda rindu untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya dan warisan tempatan di Hong Kong? Saya memang rindukannya! Hong Kong menawarkan pelbagai mercu tanda yang ikonik, bangunan-bangunan bersejarah dan muzium-muzium yang memberikan anda pandangan mendalam tentang kekayaan sejarah dan budaya di Hong Kong. 

Muzium Sejarah Hong Kong menonjolkan pelbagai pameran dan artefak yang merentasi 8 galeri. Anda boleh mempelajari banyak tentang budaya dan warisan Hong Kong kerana muzium ini menyerlahkan pembangunan Hong Kong dan mempamerkan peristiwa-peristiwa penting dan orang-orang yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Hong Kong.

Terdapat juga tapak-tapak warisan Cina dan Penjajah yang kita boleh lawati untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan budaya Hong Kong. Kami akan rindu berganjak-ganjak ke muzium-muzium dan melawati tapak-tapak terkenal warisan dan budaya di Hong Kong. 

Itu dia, 7 perkara yang kami akan rindu di Hong Kong. Walaupun kami tidak lagi dapat kebebasan untuk melancong atas sebab situasi yang kurang baik ini, kami berharap anda tidak akan lupakan semua memori indah anda sepanjang berada di Hong Kong. Mungkin, apabila situasi kembali pulih, anda boleh menikmati memori-memori ini sekali lagi dan membuat memori baharu dengan melawati tempat-tempat lain di Hong Kong.

Artikel ini disampaikan kepada anda oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong. 

 

'Be in this world as though you are a stranger or a traveller' Prophet Muhammad SAW

Leave a comment